Siakap Keli

Ibu Sayu Dulu Main Buka Oxygen Kejap-kejap, Kini Kat ‘Syurga’ Tak Pakai Dah, “Mesti Aisyah Gembira Sangat”

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ibu Sayu Dulu Main Buka Oxygen Kejap-kejap, Kini Kat ‘Syurga’ Tak Pakai Dah, “Mesti Aisyah Gembira Sangat”

Kehilangan orang yang kita sayang benar-benar memberi tamparan hebat kepada kita lebih-lebih lagi mereka merupakan ahli keluarga kita sendiri.

Anak merupakan anugerah terindah yang dikurniakan oleh para ibu bapa dan melihat mereka membesar dengan sihat dan berjaya apabila dewasa kelak sudah menjadi harapan seorang ibu dan ayah.

Namun, siapalah kita untuk mengubah jalan cerita yang telah dituliskan oleh Sang Pencipta sebagai salah satu ujian untuk ditempuh. Kehilangan permata hati bukanlah satu hal yang mudah untuk ‘ditelan’ oleh susuk seorang ibu begitu juga bapa, perlukan masa yang cukup untuk terima dan hadam semuanya.

Kisah kali ini yang ingin kami kongsikan adalah kisah seorang ibu, Fyqa Syafiqah  yang kehilangan permata keduanya pada 3 Julai 2022 pada usia 4 tahun disebabkan satu penyakit ‘rare‘ , Nemaline Myopathy With Dilated Cardiomyopathy. Meskipun sudah hampir tiga bulan berlalu, rindu kepada Aisyah sentiasa membekas dalam hati mereka sekeluarga termasuk anak sulungnya Aurora. 

Menerusi laman Tik Tik milik Fyqa, dia masih kongsikan momen-momen indah ketika Aisyah masih bernyawa sebagai tanda rindu kepada puteri kesayangannya itu. Katanya, dulu dia sering membuka tiub pada hidung Aisyah tapi hanya untuk jangka masa yang singkat sahaja. 

“Dulu boleh buka oxygen kejap-kejap, tapi kat syurga dah tak perlu pakai langsung, mesti Aisyah gembira sangat,” tulisnya menerusi video yang dikongsikan. 

Kini, Aisyah tidak lagi perlukan sebarang alat bantuan pernafasan dan sedang gembira bermain di taman-taman syurga. Selain berjaya meraih lebih dua juta tontonan di aplikasi tersebut, perkongsian dari Fyqa juga memberi sedikit tamparan emosi kepada mereka yang menonton. 

@mommy_auroraaurel

Replying to @zeekyn Bidadari syurga yang sentiasa di rindui ramai…. Rindu nak menyakat die, rindu senyuman die, rindu kemanjaan die, rindu kekuatan die, rindu semuanya tentang die. Al-fatihah bidadari syurga AISYAH @ NUR AUREL MALIKA 🤍

♬ bunyi asal – 🤟𝓗𝓮𝔃𝓻𝔂 𝓓𝓪𝓷𝓲𝓮𝓵🤟 – 🤟𝓗𝓮𝔃𝓻𝔂 𝓓𝓪𝓷𝓲𝓮𝓵🤟

@mommy_auroraaurel

“Aurora rindu Aisyah” -Aurora 2022-

♬ Hanya Rindu – Andmesh

@mommy_auroraaurel

♬ disaat sendiri – adlyricsz

Perkongsian netizen

Sebak dengan video dan perkongsian dari Fyqa, netizen juga tidak melepaskan peluang memberikan kata-kata semangat kepada ibu ini dan menitipkan doa buat adik Aisyah dan keluarga. Jom kita baca sedikit catatan dari netizen menerusi ruang komen yang telah kami sertakan di bawah.

“Cantik sangat Aisyah…”

“Rinduuuuu…”

“Kuat ya dik berat sangat rindu tu…”

Semoga adik Aisyah tenang disana dan takziah juga diucapkan kepada keluarganya.

BACA: Remaja Lelaki Maut, Rakan Wanita Tak Sedarkan Diri, Disambar Petir Ketika Berkhemah

Sumber: Tiktok mommy_auroraaurel

Faiz Mustafa