Siakap Keli
seludup 3310 ke sekolah
Kredit: Berbagi Ilmu/Pinterest via Google

“Smart Woo,” Gigih Seludup ‘Handphone’ 3310 Abah Ke Sekolah Semata Nak Tunjuk Kat Rakan Sekelas

Korang ingat lagi tak masa zaman sekolah dulu, siapa yang ada phone waktu tu memang automatik rasa kaya. Kalau ada phone Nokia 3310 pun dah cukup habis bangga dah. Bercerita pasal phone ni, min teringat dulu ada kawan siap seludup phone 3310 ke sekolah sebab beriya nak tunjuk kawan.

Nak tahu apa yang dia beriya sangat tu? Dia kata dia nak tunjuk phone tu boleh ‘menari’ setiap kali berbunyi. Ingatkan apa, rupanya phone tu memang akan vibrate setiap kali dapat call. Bukan tu je, dia siap show off lagi game paling ‘lejen’ zaman tu, Space Impact, game ular dan banyak lagi. Yang tau, tau lah.

Bila tengok member dah beriya, sorang lagi member taknak kalah. Dia bawa pulak phone boleh lipat jenama Samsung ke sekolah. Dia punya berlagak tu bukan main siap lipat-bukak phone tu depan muka. Masa tu semua classmate pakat berkumpul nak tengok siap cakap “Fuyyoh smart woo!”. 

Gambar sekadar hiasan | Kredit: Youtube Men’s Awareness

Dah besar camni, bila teringat balik zaman tu memang geli hati rasa. Yelah zaman dulu-dulu, bukan semua orang mampu nak ada phone sendiri. Mana yang ada phone, dianggap dari keluarga berada. Tapi zaman sekarang dah berubah, phone dah jadi satu barang keperluan yang penting.

Nak beli phone lipat zaman sekarang

Seiring dengan peredaran zaman, setiap phone mesti akan berubah-ubah teknologinya. Kadang-kadang belum sempat nak beli model phone dengan spesifikasi paling latest, tak lama lepas tu keluar pula model lain. Tak ‘cukup tangan’ jadinya nak beli. 

Bercakap tentang model terkini, kalau korang perasan sekarang kan phone jenis lipat atau ‘flip phone’ dah kembali ke pasaran, bezanya kali ini ia jauh lebih canggih dan merentasi masa depan berbanding model phone lipat zaman kita sekolah dulu-dulu. 

Phone yang dimaksudkan ialah Samsung Galaxy Z Fold4 dan Samsung Galaxy Z Flip4. Kalau phone lipat zaman dulu dibahagikan dua komponen, iaitu keypad dan skrin, tapi model terbaru Samsung ni kedua-duanya ialah skrin. Cukup besar! Sudahlah puas skrin besar-besar, performance pun mantap.

Gambar sekadar hiasan | Kredit: CNET via Google

Ramai tahu kelebihan utama Samsung Galaxy Z Fold4 ni ialah pada skrinnya yang ‘seluas’ 7.6”. Didatangkan dengan tiga jenis kapasiti storage iaitu 256GB/12GB, 512GB/12GB dan 1TB/12GB, ia juga dicipta dengan tiga warna pilihan iaitu graygreen, phantom black dan beige. Cukup-cukup eksklusif dan premium.

Kalau korang jenis high end, suka nampak mewah, kerja dalam bidang bisnes, kaki layan movie, rajin online shopping dan sebagainya, tambah pulak korang ni seorang CEO, project manager, founder produk, banyak berurusan dengan orang, min berani kata kedua-dua model ni memang cukup sesuai untuk korang.

Harga jualan kat pasaran buat masa ini biasanya dijual dalam range RM4,000 ke RM7,000. Tapi tulah, nak beli sendiri memang rabaklah poket dibuatnya. Silap-silap kena menabung tiga kali gaji baru lepas! Jadi macam mana nak beli ni dengan cara paling mudah dan jimat?

Jimat sehingga RM2,400 kalau beli dengan Celcom MEGA

Ya, poket memang rabak kalau nak beli sendiri…melainkan kalau korang beli dengan pelan Celcom MEGA. Dengan pembelian Samsung Galaxy Z Fold4 dan Samsung Galaxy Z Flip4 melalui pelan Celcom MEGA, korang boleh jimat gila-gila sehingga RM2,400. Dan lagi best, korang siap boleh dapat satu lagi Samsung Galaxy M23 5G dan smartwatch Galaxy Watch4 40mm (bluetooth) SECARA PERCUMA bila tambah RM40 untuk Family Line!

Caranya mudah saja. Korang perlu ke laman web Celcom MEGA,  ikut tiga langkah mudah iaitu pilih pakej kombo phone yang korang nak, kemudian pilih jenis kontrak yang dipersetujui dan terakhir, pilih cara pembayaran. Selesai. Kalau nak lagi advance, cuma tambah RM40 je dah boleh dapat satu lagi phone + smartwatch percuma.

Jadi jangan tunggu lagi, sila cepat-cepat ‘grab’ Samsung Galaxy Z Fold4 atau Samsung Galaxy Z Flip4 melalui pelan Celcom MEGA di LINK INI SEKARANG!



Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'