Siakap Keli
rider maut dilanggar
Gambar: petikan video TikTok

“Saya Baru Niat Nak Mencari Dia…” Rider Maut Dilanggar, Wanita Terkilan Tak Sempat Ucap Terima Kasih

Sebak dan hiba, itu perasaan yang menggambarkan seorang wanita apabila dia mendapat tahu ‘rider’ Foodpanda yang pernah menolongnya meninggal dunia akibat dilanggar pemandu disyaki mabuk di Segamat, Johor.

Menerusi perkongsian video Tiktok oleh @JajaED,  wanita itu pada asalnya ingin mencari kembali seorang penghantar makanan yang menolongnya semasa dalam perjalanan hendak pergi ke hospital untuk bersalin.

Namun hajatnya tidak kesampaian apabila dia mendapat tahu, penghantar makanan itu rupanya telah meninggal dunia pada 21 September akibat kemalangan, sehari selepas dia ditolong lelaki berkenaan untuk ke hospital.

Wanita yang bernama Nurr itu turut mengirimkan gambar kepada pemilik Tiktok tersebut untuk mengenal pasti sama ada lelaki berkenaan adakah merupakan orang yang sama ataupun hanya pelanduk dua serupa.

Bagaimanapun setelah disahkan identitinya, Nurr berasa terkejut dan menggigil kerana tidak menyangka bahawa lelaki yang baru sahaja menolongnya telah kembali ke Rahmatullah pada hari seterusnya.

“Saya baru niat nak mencari dia, dia tolong saya pada 20 September kira-kira pukul 5.

“Saya sakit nak bersalin, dia bantu buka jalan untuk laluan kami.

“Ya Allah menggigil saya bila dapat tahu dia orang yang sama,” katanya menerusi mesej di Tiktok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata ramai yang mendoakan yang baik-baik untuk rider tersebut.

“SubhanAllah, semoga roh abang Foodpanda dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan semoga kita dapat contohi sikap arwah,” ujar Nur Cahaya yang merupakan salah seorang yang memberi komen.

“Arwah meninggal di hari Jumaat, semoga Allah ampuni beliau dan tempatkan bersama para syuhada dan solihin,” kata Muttaqin di ruangan komen.

Difahamkan, penghantar makanan yang bernama Rudi Hermawan Sumarno telah menolong membuka jalan untuk Nurr semasa dia dalam perjalanan ke hospital.

Rudi dilapor terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Muar-Segamat pada Khamis lalu dan disahkan sudah meninggal dunia.

Baru-baru ini pula turut berlaku kejadian hampir serupa melibatkan penghantar makanan yang maut dirempuh kenderaan dalam satu kejadian di Klang.

@ainolfajariahtaiyib

sehari sblom😭 #tiktokpelitfyp

♬ original sound – JajaED – JajaED

Sumber: Tiktok JajaED

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana