Siakap Keli
Gambar : The Thaiger

Berang Kucing Kesayangan Terbunuh, Wanita Nekad Lapor Bapa Pada Polis

Berang Kucing Kesayangan Terbunuh, Wanita Nekad Lapor Bapa Pada Polis

THAILAND – Seorang lelaki bakal berdepan hukuman penjara selama tiga tahun selepas didakwa membunuh kucing milik anak perempuannya, lap0r Thaiger.

Difahamkan, anak perempuan suspek yang berusia 25 tahun telah memfailkan aduan kepada Watchdog Thailand Foundation (WDT) untuk memberi pengajaran kepada bapanya.

Dilaporkan, suspek 69 tahun telah membunuh kucing tersebut pada 24 September hanya kerana berang bebola dagingnya dicuri kucing berkenaan.

Menurut laporan media, hubungan antara kedua beranak tersebut dikatakan dingin.

Menurut anaknya, disebabkan sifat panas baran yang ada pada ayahnya, dia telah berkeputusan untuk tidak tinggal sebumbung bersama ayahnya itu.

Tambah wanita tersebut, dia tidak lagi berhubung dengan suspek tetapi mempunyai hubungan baik dengan ibunya.

“Ayah selalu menggunakan perkataan kasar apabila bercakap dengan saya. Saya hanya bercakap dengan ibu dan kami memahami antara satu sama lain,” ujarnya.

Wanita itu dilaporkan meminta ibunya untuk menjaga kucingnya, Hachi, 7 tahun kerana dia pergi ke Bangkok minggu lalu.

Dilaporkan, kucing itu tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah tersebut kerana terdapat seekor arnab yang dibela di dalam rumah mereka.

Selepas Hachi tiba dirumah ibubapa wanita tersebut, arnab itu mati dan kemudian kucing berkenaan dikatakan hilang secara misteri.

wanita itu seterusnya memeriksa lokasi Hachi menggunakan Apple AirTag namun apabila dijejaki, kucing itu tiada di lokasi.

Kemudian, wanita itu bersemuka dengan bapanya untuk bertanyakan keadaan kucing miliknya, namun tidak mendapat sebarang jawapan.

Dia telah mengaku kepada isterinya bahawa dia meninggalkan kucing itu di sebuah tokong dengan menaiki motosikal.

Namun begitu, suspek menyatakan bahawa kucing itu melarikan diri daripadanya dan dilanggar oleh sebuah kereta dari arah hadapan.

Akhirnya, wanita tersebut menemui mayat Hachi di tepi jalan.

Gambar : The Thaiger

“Saya membuat aduan kepada polis kerana saya mahu bapa saya menghormati hak orang lain.”

“Saya mahu dia berhenti mementingkan diri sendiri dan melakukan apa sahaja yang dia suka hanya kerana dia bapa saya,” tambah May.

Selain itu, suspek yang menjual bebola daging juga menyatakan bahawa kucing itu selalu mencuri bebola dagingnya.

Menurut kenyataannya, dia hanya mahu meninggalkan kucing tersebut, bukan untuk membunuhnya.

Suspek berkata dia tidak berani memberitahu isteri dan anaknya tentang kematian Hachi dan membuat keputusan untuk meninggalkan mayat kucing tersebut di tepi jalan.

“Anak perempuan saya mengadu kepada saya dan kemudian dia memfailkan aduan.”

“Saya sedih kerana anak yang saya jaga sejak kecil melakukan ini kepada saya. Saya sedih tetapi tidak marah kepadanya,” ujar suspek.

Polis Bang Lamung melaporkan bahawa suspek bakal didakwa dibawah Seksyen 334 Undang-Undang Jenayah dimana sesiapa yang mengambil harta orang lain hendaklah dihukum penjara sehingga tiga tahun dan denda sehingga 6,000 baht (RM730).

Tambahan lagi, suspek turut didakwa mengikut Seksyen 20 Akta Perlindungan Haiwan, sesiapa yang melakukan kekejaman terhadap haiwan akan dihukum penjara sehingga dua tahun dan denda sehingga 40,000 baht (RM4,869.26).

Sumber : The ThaigerĀ 

Anis Annisa