Siakap Keli
resort tepi laut mesra keluarga

“Confirm” Anak Tak nak Balik, Resort Tepi Laut Mesra Keluarga Jadi Tumpuan, “Port” Baru Paling “Best” Nak Bercuti Di Perak

“Confirm” Anak Tak nak Balik, Resort Tepi Laut Mesra Keluarga Jadi Tumpuan, “Port” Baru Paling “Best” Nak Bercuti Di Perak

Ketika ini pasti ramai yang merancang untuk bercuti atau berjalan-jalan bersama keluarga terutamanya apabila ‘muncul’ pelbagai lokasi menarik di dalam negara yang kini menjadi tumpuan ramai. 

Lihat sajalah setiap kali hujung minggu, pasti lebuhraya di bandar-bandar utama akan penuh sesak dengan kenderaan orang ramai. 

Bercakap mengenainya, sejak beberapa bulan yang lalu, rancak juga kedengaran mengenai resort mesra keluarga yang dikatakan akan dibuka di Lumut, Perak. Ia menjadi perhatian ramai kerana resort tersebut dikelola oleh DoubleTree by Hilton yang cukup terkenal di Malaysia. 

Malah, ia juga akan menjadi tumpuan pengunjung dari seluruh Malaysia ekoran lokasinya berdekatan dengan Pulau Pangkor.

Bagi yang teruja dan tertunggu-tunggu untuk berkunjung ke sana, DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort telah pun dibuka pada 15 September lalu. 

Seperti jangkaan, resort yang dikenali sebagai resort tepi laut mesra keluarga itu telah dikunjungi oleh orang ramai tidak kiralah dari mana-mana destinasi.

Banyak aktiviti menarik

Percutian bersama keluarga korang akan jadi lebih bermakna dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan di resort itu seperti banana boating, jet ski, memancing dan banyak lagi aktiviti yang dikendalikan oleh vendor berpengalaman.

Malah, korang akan mendapat privasi dan ketenangan yang diinginkan kerana ia berada jauh dari hiruk-pikuk bandar. 

Selain itu, ibu-ibu tidak perlu risau dengan keberadaan anak-anak kerana mereka boleh bersuka ria di mini waterpark dan kelab kanak-kanak. 

Tidak cuma itu, peminat sukan golf juga boleh menikmati permainan itu di padang yang tidak berada jauh dari resort tersebut dan mengambil masa lima minit sahaja untuk sampai ke sana.

Selain semua aktiviti di atas, benda paling penting sekali yang korang kena tahu sudah tentulah mengenai makanan yang disediakan di resort tersebut. Tak perlu risau kerana terdapat banyak tempat makan yang boleh korang pilih termasuk di restoran  Makan Kitchen yang menawarkan buffet bertemakan BBQ Night, Local Delights dan banyak lagi.

Dalam pada itu, korang juga boleh menikmati steamboat yang beraneka jenis di restoran HotPot dan juga Hi-Tea, selain snek-snek minum petang serta aneka kek di Axis Lounge. 

Fasiliti terbaik

Dengan 294 bilik yang tersedia, ia dilengkapi dengan balkoni peribadi bersama pemandangan hutan dan pantai yang mendamaikan. 

Bilik-bilik tersebut juga turut dilengkapi dengan peti ais mini, televisyen berdefinisi tinggi dan akses internet berkelajuan tinggi.

Lebih menarik, ruang untuk mengadakan sebarang majlis, kenduri kahwin, mesyuarat dan pelbagai lagi perjumpaan sosial yang lain turut disediakan. 

Dikenali sebagai Damai Ballroom, ia lengkap dengan skrin LED dengan ukuran 885 meter persegi. Ia boleh memuatkan seramai 1,200 orang tetamu. 

Bagi korang yang menempah secara terus dari saluran Hilton, korang akan menikmati manfaat istimewa termasuk pembayaran fleksibel yang membolehkan ahli untuk memilih apa-apa kombinasi Hilton Honors Points, wifi percuma dan diskaun ahli eksklusif.

Ahli juga boleh menikmati pelbagai fungsi eksklusif yang tersedia dalam aplikasi Hilton Honors. 

Tambah mengujakan, sempena pembukaan hotel tersebut, setiap ahli akan mendapat 1,000 mata bonus bersama tempahan menginap maksimum selama lima malam iaitu dari 15 September hingga 30 Mac 2023.

Terletak di Jalan Damai Laut, 32200 Lumut, Perak, korang akan mengambil masa selama lebih kurang sejam atau 45 minit jika memandu dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh. 

Manakala, jika memandu dari stesen KTM Batu Gajah di Perak, ia juga akan mengambil masa selama sejam. 

Resort tersebut dapat diakses dengan mudah dari Perak, Banting di Selangor dan Kuala Lumpur. 

Jadi apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang ini dan pergi bercuti bersama keluarga tersayang. Untuk maklumat lanjut dan membuat tempahan, korang boleh layari laman web DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort atau hubungi 05 5684 3333. 

Sofea

There's always another side to every story