Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Akibat terlalu cinta, seorang lelaki sanggup berpakaian seperti perempuan untuk mengganti teman wanitanya yang dikatakan tidak dapat mengikuti kelas yang dijalankan secara dalam talian, di Indonesia.
Lapor suara.com, lelaki tersebut sanggup menolong dan melakukan apa sahaja supaya kehadiran teman wanitanya direkodkan.
Menerusi video yang dimuat naik oleh akaun Instagram @storywatsapp, lelaki tersebut rela memakai tudung dan berkaca mata supaya terlihat seperti gadis.
Untuk membuatkan penyamarannya sempurna, dia memakaikan pelitup muka agar tiada siapa yang perasan bahawa seorang lelaki yang menyamar menjadi perempuan.
Dengan cara sedemikian, gadis itu dianggap telah menghadirkan diri walaupun sebaliknya bukan dia yang datang dalam pertemuan Zoom itu.
Video itu mendapat pelbagai komen daripada warganet di Instagram ekoran tindakan lelaki itu merupakan sesuatu perlakuan diluar kawalan.
“Kukira yanti ternyata yanto,” kata salah seorang yang memberi komen.
“Yang penting tidak bersuara,” ujar pemberi komen yang memuji penyamaran lelaki itu.
Difahamkan, video itu telah lama tular di laman sosial pada bulan Julai namun video itu telah dimuat naik semula ekoran kelakuan sang lelaki itu dikatakan menambat hati penonton.
Semasa virus pandemik Covid-19 melanda, semua negara terpaksa membuat penutupan sementara dan semua tidak dibenarkan untuk keluar dari rumah walaupun ke sekolah.
Oleh itu, pihak institusi mengambil peluang ini dengan menggunakan pertemuan secara dalam talian iaitu menggunakan aplikasi Zoom supaya pembelajaran dapat diteruskan.
Dengan adanya Zoom, orang ramai dapat berhubung tanpa perlu bertemu secara semuka agar tiada peningkatan kes akan berlaku.
Namun dengan kehadiran pertemuan secara dalam talian, terdapat banyak kisah yang menarik serta lucu yang tidak diduga seperti kejadian yang dialami oleh lelaki ini.
Sumber: Suara.com