Siakap Keli
transformasi rumah lama ini buat ramai terpukau
Gambar: Ben Firdaus

“Puas Hati Dapat Ubah,” Serba Baharu & Moden, Transformasi Rumah Lama Ini Buat Ramai Terpukau

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Puas Hati Dapat Ubah,” Serba Baharu & Moden, Transformasi Rumah Lama Ini Buat Ramai Terpukau

Rumah merupakan satu aset hartanah yang penting dan sebagai tempat berteduh daripada terkena hujan serta sinaran terik matahari. Setiap daripada kita pasti mempunyai impian untuk memiliki rumah idaman tersendiri dengan ciri-ciri dan reka bentuk yang diminati.

Rumah yang kemas dan cantik memberikan keselesaan serta ketenangan kepada pemilik untuk tinggal bersama keluarga atau sanak saudara.

Bagaimanapun, pelbagai aspek perlu diterapkan dalam memilih reka bentuk yang paling tepat untuk rumah idaman.

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik oleh pereka dalaman @iambenfirdaus di Twitter, beliau berkongsi transformasi sebuah rumah lama yang telah diubahsuai olehnya.

Melihat kepada hasil kerja yang dilakukan pasti membuatkan anda semua terpesona. Untuk itu, mari kita lihat hasil yang telah dilakukan oleh Ben di bawah ini.

Puas hati dapat ubah rumah lama..

Sebagai interior designer, aku puas hati jika dapat tukar rumah lama lebih kurang 80-an ni jadi selesa dan paling penting pemilik gembira sepenuh hati. Tengok thread ni untuk hasil akhir.

Untuk ruang tamu, kita buang tingkap tu dan gantikan dengan satu sliding door 3 panel untuk lebih natural light dan air ventilation. Sudah tentu lagi mudah kalau ada kenduri-kendara maklumlah orang Malaysia suka buat makan-makan. 

Gambar: Ben Firdaus

Untuk ruang makan, ini jenis rumah lama la kan. Jadi kita buang almari antara dapur dan ruang makan kita kasi luas. Lantai tukar ke jubin klasik sebab pemilik suka element retro nih.

Gambar: Ben Firdaus

Cat dinding kita tukar ke ash grey sikit di dalam  warna putih pudar dari Nippon Paint. Pemilik memang nak putih nak nampak cerah jadi kami lapik dengan warna timber dan sedikit hijau untuk sedikit kontra.

Gambar: Ben Firdaus

Dapur ala-ala klasik camni asalnya kawasan tambah dari rumah asal. Siling dia rendah jadi kita jatuhkan buat plaster siling tapi dia ada sudut sikit silingnya tak dapat flat sebab asal bumbungnya cenggitu. Ni bahagian yang dipecah tadi tu dijadikan serving area.

Gambar: Ben Firdaus

Kan aku kabo tadi siling dia tak boleh dapat flat luruskan dia macam menurun sikit jadi aku twist letak custom arch dekat situ, Kalau letak kabinet tak cantik sebab garis kabinet dia lurus jadi nanti pelik. Jadi kita tukar ke open shelves arch di situ anak-anak. Tingkap tukar lebih kecil untuk privasi.

Gambar: Ben Firdaus

Seperti yang anda lihat, bilik sedia ada agak gelap dan sedikit sempit. Jadi kami tukarkan tingkap dan robohkan dinding pada bahagian kepada katil untuk tambah satu tandas. 

Gambar: Ben Firdaus

Kenapa tukar tingkap sebab sebelah master bedroom tu porch dan privasi untuk pemilik rumah juga lah. Kurang tingkap kurang la rasa tak selesa tu dan rasa lebih selamat. Kombinasi warna putih dan timber serta earthy tone kita gabungkan untuk beri rasa nyaman gitu. 

Gambar: Ben Firdaus

Kami jadikan ia nampak lebih simple tapi tenang dan selesa. Kenapa kecilkan tingkap? Sebab master ni luar tu terus porch kan tak manis kalau ada orang intai tiba-tiba. Sama juga elemen putih dan sedikit sentuhan element timber untuk ciptakan mood yang lebih selesa dalam master bedroom ni.

Gambar: Ben Firdaus

Ramai pula nak tengok luar. Ok luar tak banyak sangat. Disebabkan kami mahu kekalkan rupa luaran, kita cuma tukar cat dan tambah beberapa benda je. Seperti yang anda nampak ruang depan terbuka dengan jubin dan siling. 

Gambar: Ben Firdaus

Kami cat semula atap dan lantai untuk jadi sama warna dan tambah batu angin untuk privasi tuan rumah, jadi mereka boleh menikmati cekodok dengan tea untuk minum petang di luar rumah tanpa risau orang lalu-lalang nampak terus kepada mereka. Ianya tak 100 peratus halang pemandangan dan sekurang-kurangnya nampak antara mereka dengan orang luar. 

Gambar: Ben Firdaus

Boleh follow tiktok aku untuk lebih banyak tips interior designer decor. 

Nah video untuk ruangan dapur untuk inspirasi korang.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah mendapat ribuan ulang kicau dan tanda suka.

Sumber: Twitter @iambenfirdaus

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?