Siakap Keli

Sultan Selangor Berkenan Serah 19 Watikah Pelantikan

Shah Alam – Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan  Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor berkenan menyerahkan watikah kepada  Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Anggota Panel Tetap Hakim Mahkamah  Rayuan Syariah, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim Mahkamah Rendah Syariah dan  Anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dengan keseluruhan seramai 19 orang  penerima watikah dalam satu istiadat di sini. 

Kesemua pelantikan ini dibuat selaras dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri  Selangor) 2003 (EPAINS 2003). 

Bagi pelantikan Setiausaha MAIS dikurniakan kepada Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar bagi  tahun 2022 hingga 2025. Sebelum ini, Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar juga telah dilantik  sebagai Setiausaha MAIS bagi tahun 2019 hingga 2022. 

Pelantikan Setiausaha MAIS ini adalah berdasarkan EPAINS 2003 di bawah Seksyen 16 (1)  yang menyatakan: 

  1. (1) “ Duli Yang Maha Mulia Sultan atas nasihat Majlis, hendaklah melantik mana-mana  orang yang layak dan sesuai menjadi Setiausaha.” 

Selain itu, turut dilantik ialah Yang Arif Datuk Haji Mohd Radzi Haji Abd Latif sebagai Anggota  Panel Tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah; Yang Arif Tuan Dr. Zainal Abidin Kusmin  sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah;Tuan Mohd Shahidan Abdul Ghapar dan Tuan  Ahmad Husaini Othman sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah.  

Pelantikan Anggota Panel Tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Selangor di bawah  Subseksyen 57 (1) EPAINS menerangkan, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, atas nasihat  Majlis dan Ketua Hakim Syarie, boleh melantik tujuh (7) orang Islam untuk membentuk suatu  panel tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah. 

Pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di bawah Subseksyen 58 (1) EPAINS  menerangkan Duli Yang Maha Mulia Sultan, selepas berunding dengan, atas nasihat Majlis,  dan Ketua Hakim Syarie, boleh melantik Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah. 

Bagi pelantikan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor pula di bawah Subseksyen 59 (1)  EPAINS 2003 iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, atas nasihat Ketua Hakim Syarie,  boleh melantik, daripada kalangan anggota perkhidmatan awam am Negeri atau perkhidmatan  bersama, Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah. 

Pada istiadat tersebut juga, 14 orang Anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor turut  menerima watikah pelantikan antaranya ialah Sahibus Samahah Dato’ Dr. Haji Anhar bin Haji  Opir, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor; YBhg. Prof. Madya Dr. Miszairi bin Sitiris,  Timbalan Mufti Selangor; YB Dato’ Salim Bin Soib @ Hamid, Penasihat Undang-Undang  Negeri; YBhg. Dato’ Haji Shahzihan bin Ahmad, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor;  YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mujaini bin Tarimin, Anggota MAIS dan YBhg. Prof. Madya Dr. Khadijah  binti Mohd Khambali @ Hambali, Anggota MAIS. Pelantikan ini dibuat di bawah Subseksyen 46  (1) EPAINS. 

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa