Siakap Keli
Teknik Betul Nak Buat Telur Separuh Masak
Gambar: Eat What Tonight

“Confirm” Jadi, Ini Teknik Betul Nak Buat Telur Separuh Masak Sama Macam Kedai Mamak

“Confirm” Jadi, Ini Teknik Betul Nak Buat Telur Separuh Masak Sama Macam Kedai Mamak

Telur separuh masak merupakan menu yang digemari ramai dan menjadi pilihan utama di kedai mamak. Menu ini telah sebati dalam diri semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum dan peringkat umur.

Pasti ramai di antara peminat menu ini pernah cuba untuk menghasilkan telur separuh masak yang sempurna di rumah namun tidak berjaya seperti yang dihasilkan di kedai mamak.

Jangan risau, HelloDoktor ada berkongsikan cara menghasilkan telur separuh masak yang sempurna seakan yang dihasilkan di kedai mamak. Turut disertakan sekali adalah info nutrisi yang terdapat pada telur.

Bagi mengetahhui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Sedapnya kalau boleh makan telur separuh masak! Bayangkan kuning telur yang melekit dah meleleh, bestnya kalau dijadikan inti roti atau dimakan bersama nasi! Tetapi, apakah cara masak telur separuh masak yang termudah dan pasti menjadi?

Sebenarnya, cara buat telur separuh masak ini senang sahaja… Anda cuma perlukan telur dan air panas – campurkan keduanya dan siap!

Telur merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia sejak dahulu lagi. Ada sebabnya mengapa telur kekal popular dan sering digunakan dalam masakan harian.

Selain rasanya yang sedap, telur rebus merupakan makanan yang kaya dengan protein. Bukan itu sahaja, ia juga merupakan sumber kalsium, vitamin dan banyak lagi nutrisi lain.

Benar, kuning telur mengandungi banyak kolesterol. Malah, sebiji telur yang bersaiz besar mungkin mempunyai 186 mg kolesterol. Banyak bukan!

Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan pengambilan telur tidak akan meningkatkan kadar kolesterol badan. Jadi, anggapan bahawa telur tidak sihat untuk badan adalah sesuatu yang lapuk dan ketinggalan zaman!

Ingin tahu cara masak telur separuh masak? Jom, kami bongkarkan rahsianya!

Fakta nutrisi

Gambar : HelloDoktor

Sebelum kami terangkan lebih lanjut mengenai cara masak telur separuh masak yang betul, anda perlulah tahu kandungan nutrisi dalam sebiji telur. Antaranya ialah:

  • Kalori: 72
  • Protein: 6.24 gram (g) iaitu 13% daripada nilai harian (DV) anda
  • Karbohidrat: 0.6 g
  • Jumlah lemak: 4.35 g (6% DV)
  • Lemak tepu: 1.6 g (8% DV)
  • Kolesterol: 207 miligram (mg) (69% DV)
  • Natrium: 64.9 mg (3% DV)
  • Vitamin D: 49.5 unit antarabangsa (IU) (6% DV)
  • Vitamin B12: 0.5 mikrogram (mcg) (21% DV)
  • Kalsium: 24.1 mg (2% DV)
  • Zat besi: 0.8 mg (4% DV)
  • Magnesium: 5.7 mg (1% DV)
  • Fosforus: 92.6 mg (7% DV)
  • Kalium: 66.4 mg (1% DV)
  • Zink: 0.6 mg (5% DV)
  • Iodin: 24.7 mcg (16% DV)
  • Selenium: 15.6 mcg (28% DV)

Cara masak telur separuh masak

Hendak tahu cara masak telur separuh masak seperti yang disediakan di kedai mamak? Untuk pengetahuan anda, telur separuh masak yang perfect perlulah dimasak menggunakan teknik yang betul.

Di bawah, kami senaraikan bahan-bahan yang anda perlukan untuk menyediakan telur separuh masak:

Bahan yang diperlukan :

  • 2 biji telur
  • Beberapa keping roti bakar

Langkah dan cara masak telur separuh masak

Gambar : HelloDoktor

Langkah 1: Isikan air dalam periuk. Kemudian, tunggu sehingga air mendidih.

Langkah 2: Pastikan telur berada dalam suhu bilik. Anda juga boleh menggunakan ‘egg pricker’ untuk menebuk telur terlebih dahulu. Alat ini dapat mengurangkan risiko telur retak ketika direbus. Perlahan-lahan, masukkan telur ke dalam air menggunakan sudu.

Langkah 3: Tetapkan pemasa selama 4-5 minit untuk pastikan telur dimasak sederhana. Telur yang dimasak begini selalunya mempunyai kuning telur yang cair dan meleleh. Jika anda inginkan kuning telur yang lebih keras, rebus selama 6-7 minit.

Sebagai panduan, anda boleh rujuk masa memasak di bawah untuk mendapatkan telur rebus yang ideal. Pastikan anda mempunyai pemasa ketika merebus telur.

Pastikan telur direbus selama 6 minit supaya ia masak sempurna, dengan kuning telur yang masih lagi cair dan melekit. Pastikan anda fokus pada pemasa. Setiap minit ada bezanya tau!

  • 5 minit: Telur baru mula mengeras. Telur kuning dan putih masih cair, membuatkannya sesuai untuk dijadikan pencicah
  • 6 minit: Putih telur keras tetapi kuning telur masih cair
  • 7 minit: Telur hampir mengeras sepenuhnya. Tetapi, kuning telur masih lagi melekit
  • 10 minit: Telur masak sepenuhnya

Langkah 4: Masukkan telur ke dalam air sejuk serta-merta untuk menghentikan proses memasak. Langkah ini juga penting untuk memastikan kulit telur dapat ditanggalkan dengan mudah.

Berapa lama perlu rebus telur?

Gambar : HelloDoktor

Tempoh memasak bergantung kepada konsistensi kuning telur yang anda inginkan.

Selalunya, masa merebus selama 6 minit sudah cukup. Jika anda rebus lebih lama, telur akan jadi keras seperti telur rebus biasa.

Telur dengan bahagian kuning yang masih cair sesuai dimasukkan di dalam salad dan dijadikan inti sandwic.

Tidak ada cara untuk pastikan telur direbus dengan sempurna setiap kali. Saiz telur dan juga suhu yang berbeza menyukarkan kita untuk menganggar masa rebusan yang tepat.

Walau bagaimanapun, selepas beberapa kali cubaan, anda pasti dapat menghasilkan telur yang perfect setiap kali! Selamat mencuba cara buat telur separuh masak!

Sumber : HelloDoktor

Baca: “Rugi Ni Bang,” Penuh Satu Troli, Tiba-tiba “Cashier” Mydin Kata Tak Baloi Bayar Macam Ni

Anis Annisa