Siakap Keli
kenapa semua panda di dunia milik china
Kredit: Pixabay

Kenapa Semua Panda Di Dunia Adalah Milik Mutlak China? Tanda Diplomasi Atau Kuasa?

Apabila kita mendengar perkataan ‘panda’, apa yang terlintas dalam permikiran kita semua? Comel, gebu, bulat… itulah deskripsi haiwan yang memiliki warna hitam putih. Sudah pasti, ramai yang sanggup ‘makan’ masa mereka selama berjam-jam untuk melihat gelagat haiwan ini menerusi laman Youtube.

Jutaan jumlah tontonan terhadap video-video gelagat panda di laman Youtube merupakan satu bukti yang nyata, bahawa manusia tidak pernah menepis kecomelan haiwan dari China ini.

Faktor kecomelan haiwan dari China ini mungkin berpunca dari rupanya yang tidak berbahaya dan fitur bulat yang menyebabkan ia kelihatan gebu seperti awan ataupun bantal. Perkara ini sekali gus memberi rasa senang hati kepada mereka yang melihatnya.

Akan tetapi, terdapat satu trivia yang ramai tidak mengetahuinya. Tahukah anda, hampir semua panda gergasi (ya,  haiwan berwarna hitam putih yang kita maksudkan) di seluruh dunia adalah milik China.

Ya, China memiliki setiap panda yang wujud di atas muka bumi ini dan haiwan gebu ini merupakan harta yang sah dimiliki oleh China dan telah dipinjamkan kepada pelbagai negara.

Bagaimana China memiliki semua panda-panda ini?

Kini, terdapat 1,600 ekor panda yang masih hidup di serata dunia berdasarkan data yang diberikan oleh Tabung Alam Sedunia (WWF) pada 2004.

Daripada jumlah keseluruhan sebanyak 1,600 ekor, hanya 350 ekor sahaja yang tinggal di dalam zoo, santuari dan pusat pembiakan serta berada di bawah pemantauan manusia. Selain daripada 350 ekor panda yang dinyatakan sebentar tadi, hanya 50 ekor sahaja yang boleh ditemui di luar China.

Berdasarkan pelbagai laporan, China memiliki pemilikan secara langsung terhadap setiap ekor panda yang hidup di serata dunia, walaupun sebahagian daripada mereka berkemungkinan lahir di negara lain.

Gambar hiasan | Kredit: Pixabay

Bagi panda yang ditemui di luar China sebagai satu pinjaman, ia sebenarnya merupakan salah satu terma yang terdapat dalam ‘Diplomasi Panda’. China akan meminjamkan panda-pandanya kepada beberapa negara lain dengan tujuan untuk membina hubungan diplomasi yang baik dengan negara tersebut.

‘Diplomasi Panda’

Lebih menakjubkan, proses ini sebenarnya sudah bermula sejak 685 Masihi, iaitu semasa era Dinasti Tang di China. Ketika itu, Maharani Wu Tien mengirimkan sepasang panda kepada pemerintah Jepun pada masa itu, iaitu Maharaja Tenmu.

Seterusnya, idea ini diutarakan semula pada 1950-an, ketika kerajaan China menggunakan panda untuk menjadikan sesebuah negara sebagai sekutu mereka dengan menghadiahkan haiwan comel ini kepada pihak mereka.

Bekas Presiden US, Nixon pernah dihadiahkan dua ekor panda gergasi sebagai tanda berterima kasih kerana melawat negara tersebut. Kesannya, negara lain turun meminta perkara yang sama daripada negara berkenaan.

Bagaimanapun mulai 1984, China telah mengubah polisi tersebut ketika apabila mereka memberhentikan pemberian panda-panda secara percuma dan mula untuk memberikan secara pinjaman sahaja.

Gambar hiasan | Kredit: Pixabay

Berdasarkan polisi baharu, zoo hanya dibenarkan untuk menyimpan panda-panda gergasi di luar China dalam tempoh pinjaman selama 10 tahun. Dalam beberapa laporan pula mencatatkan, apabila haiwan tersebut mencecah usia tertentu, ia perlu dibawa pulang dan tinggal di China.

NPR turut menyatakan bahawa kebanyakan panda di luar China dilahirkan selepas 1984. Secara teknikalnya, semua panda gergasi yang berada di luar China merupakan sekadar pinjaman daripada negara tersebut.

Sumber: Edtimes

Beli Panda Kat Sini

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma