Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

AS Bakal Umum 'Kemenangan Mutlak' Ke Atas Iran

Hannah
as iran
Gambar: Anadolu Ajansı

AS Bakal Umum 'Kemenangan Mutlak' Ke Atas Iran

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa negaranya akan mengumumkan 'kemenangan mutlak' ke atas Iran dalam tempoh dua minggu akan datang.

Kenyataan itu dibuat hanya beberapa jam selepas Iran dan Israel dilaporkan bersetuju untuk menghentikan pertempuran susulan peningkatan ketegangan paling serius sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada April lalu.

Ketika berucap dalam satu perhimpunan maya bagi menyokong Senator Lindsey Graham, Trump berkata pentadbirannya kini berada dalam kedudukan yang kukuh dan yakin akan mencapai kemenangan dalam konflik tersebut.

"Kami adalah pasukan yang sangat tegas, dan saya fikir kami sedang memenangi pertempuran itu, tetapi anda benar-benar akan memenanginya dalam tempoh dua minggu akan datang apabila kami mengisytiharkan kemenangan mutlak.

"Ia akan menjadi kemenangan mutlak. Ia akan berlaku tidak lama lagi, dan harga minyak akan turun mendadak," katanya.

Iran umum hentikan serangan, beri amaran kepada Israel

Sebelum itu, Iran mengumumkan bahawa ia menghentikan serangan terhadap Israel. Namun, Iran turut memberi amaran akan melancarkan tindak balas yang 'menghancurkan' sekiranya operasi ketenteraan Israel di Lubnan diteruskan.

Pihak tentera Iran turut menegaskan bahawa Israel dan sekutunya sepatutnya mengambil iktibar daripada tindakan balas yang telah dilakukan oleh Tehran sebelum ini.

Ketegangan di rantau Asia Barat memuncak pada Ahad apabila Israel melancarkan serangan ke atas ibu negara Lubnan, Beirut, meskipun gencatan senjata masih berkuat kuasa.

Serangan itu mendorong Iran melancarkan peluru berpandu ke kawasan utara Israel sebagai tindak balas. Ia sekali gus mencetuskan gelombang serangan udara Israel terhadap beberapa sasaran yang didakwa berkaitan dengan Iran.

Susulan perkembangan itu, Trump campur tangan pada awal Isnin dengan menyeru kedua-dua negara menghentikan pertempuran serta-merta menerusi hantaran di platform media sosialnya.

Pada malam Isnin, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dalam ucapan yang disiarkan di televisyen berkata pertempuran dengan Iran telah dihentikan 'buat masa ini'.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran bahawa Israel tidak akan teragak-agak untuk bertindak balas sekiranya negara itu diserang semula pada masa hadapan.