Siakap Keli
Kisah "First Date" & Ciri Sebenar Rehan
Gambar: Google, Angga Candra

Rambut Keriting & Tinggal Di Hutan, Wanita Dedah Kisah “First Date” & Ciri Sebenar Rehan

Rambut Keriting & Tinggal Di Hutan, Wanita Dedah Kisah “First Date” & Ciri Sebenar Rehan

Seorang wanita dari Indonesia yang popular dengan video tular ‘Begitu syulit lupakan Rehan’ telah membongkar tentang ciri-ciri seorang lelaki bernama Rehan yang disebut-sebutnya dalam video tersebut.

Wanita yang bernama Intan Lembata itu mendedahkan kisah kali pertama dia berkenalan dengan lelaki bernama Rehan menerusi satu wawancara yang dilakukan dalam saluran YouTube bernama Angga Candra.

Dia juga turut berkongsikan tempat kegemaran Rehan untuk bertemu dengannya.

“Tempat itu dalam hutan. Impian pertama dia dalam hutan,” kata Intan.

Intan Lembata mengakui sudah setahun dia berhubung dengan Rehan. Dia juga kemudiannya turut mendedahkan ciri-ciri lelaki yang bernama Rehan itu.

“Dia berambut keriting, memang lelaki romantik dalam mimpi saya, dia juga suka manjakan saya. Halusinasi saya benar-benar nyata. Tidak tinggi, putih dan seperti lelaki biasa,” kata Intan.

Intan Lembata yang sering bercerita tentang Rehan dianggap berhalusinasi. Menurutnya, cinta itu antara nyata dan tidak.

“Cinta yang wujud tetapi tidak wujud. Cinta pada saya adalah nyata, tetapi bagi orang lain ia hanya halusinasi. Saya cintakan dia,” kata Intan lagi.

Gara-gara isu Rehan tular, Intan mengakui tidak sedar pada mulanya. Kerana dia membuat video berkaitan Rehan itu di akaun yang berbeza.

“Saya ada tiga akaun. Kalau satu disekat, jadi ada akaun lainnya. Satu untuk jualan pengurusan dan sudah hampir enam bulan,” kata Intan.

Intan Lembata yang mempunyai 1.2 juta pengikut di media sosial itu bersyukur kerana dia kini boleh muncul di rancangan Televisyen disebabkan Rehan.

Dia sendiri pada mulanya tidak berhasrat untuk menjadi seorang selebriti.

“Sekarang saya dapat membantu ekonomi keluarga. Buat video TikTok pertama kali di kebun bersama ibu, lepas itu beratus orang tonton, lalu video itu tular.

“Sebenarnya saya tak mahu teruskan, tetapi disebabkan mendapat sokongan, jadi saya teruskan saja,” katanya mengakhiri bicara.

Sumber: Detik.com

Baca: “Rugi Ni Bang,” Penuh Satu Troli, Tiba-tiba “Cashier” Mydin Kata Tak Baloi Bayar Macam Ni

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.