Siakap Keli
63 Sudu Terkumpul Dalam Perut Lelaki
Gambar: The National, Google

Ingatkan Tumor, Doktor Terkejut Temui 63 Sudu Terkumpul Dalam Perut Lelaki

Ingatkan Tumor, Doktor Terkejut Temui 63 Sudu Terkumpul Dalam Perut Lelaki

Doktor di India dilapor berjaya mengeluarkan 63 pemegang sudu besi dari perut seorang lelaki yang dipercayai ketagih menelan kutleri, lapor The National.

Menurut laporan, pesakit dikejarkan ke hospital pada hujung minggu selepas mengadu sakit perut yang luar biasa sebelum dijadual menjalani pembedahan kecemasan untuk mengeluarkan objek logam tersebut.

Lelaki berusia 32 tahun itu dilaporkan tidak boleh makan atau minum dan dalam keadaan lemah semasa tiba di hospital.

Menurut seorang doktor di hospital Evan di utara Muzaffarnagarn, pesakit melakukan imbasan CT dan X-ray untuk mengenal pasti punca kesakitan pada hari Rabu.

Pada mulanya, doktor mengesyaki terdapat tumor pada perutnya, tetapi setelah pemeriksaan dilakukan, didapati terdapat objek asing di dalam perutnya.

Kemudian, mereka segera melakukan laparotomi (pembedahan ke dalam rongga perutnya) dan mengeluarkan objek asing tersebut dalam tempoh masa lebih daripada dua jam.

Terdapat 63 pemegang sudu besi yang dikeluarkan oleh doktor semasa pembedahan dilakukan.

“Selepas pemeriksaan lanjut, kami menyedari objek asing itu adalah sudu keluli. Kami terkejut apabila mendapati banyak sudu di dalam perutnya,” kata Dr Rakesh Khurana, pakar bedah yang menjalankan pembedahan itu kepada The National.

Sumber : TheNationalNews

“Terdapat 63 sudu besi di dalam perutnya. Selama 35 tahun saya bekerja, saya tidak pernah melihat kes sebegitu. Ia merupakan salah satu kes perubatan yang jarang berlaku.”

Menurut Doktor Khurana, lelaki itu mematahkan kepala sudu dan hanya menelan pemegangnya.

Kini, pesakit berada di unit rawatan rapi untuk proses penyembuhan.

Doktor percaya bahawa pesakit itu mengalami keadaan psikologi yang dikenali sebagai pica.

Pica boleh menyebabkan seseorang mengidam dan secara paksa memakan barang bukan makanan seperti arang batu, logam, tanah liat atau kotoran.

Difahamkan, pesakit itu mula memakan objek logam itu kira-kira enam bulan lalu.

“Tiada sesiapa dalam keadaan waras akan melakukan perkara seperti itu.

“Pasti sangat sukar dan menyakitkan untuk menelan sudu. Ia adalah tingkah laku yang tidak normal,” kata Dr Khurana.

Sumber : TheNationalNews

Anis Annisa