Siakap Keli
Spesies Kuda Belang 'Rare'
Gambar via National Zoo

Kemarau Teruk Kenya Ancam Hidupan Liar, Hampir 2 % Populasi Kuda Belang Spesies “Rare” Mati Dalam 3 Bulan

Kemarau Teruk Landa Kenya Ancam Hidupan Liar, 2 % Populasi Kuda Belang Spesies “Rare” Mati Dalam 3 Bulan

Kemarau teruk di Kenya sepanjang dua dekad telah mengancam hidupan liar dan telah membunuh 2% populasi kuda belang yang ‘rare’ dalam masa tiga bulan. Selain itu, jumlah gajah yang ditemui mati juga meningkat lebih kurang 25 kali ganda daripada biasa dalam tempoh yang sama. 

Memetik Times, kemarau yang berlarutan menyebabkan hidupan liar terkenal di Kenya itu kehilangan kawasan padang ragut dan sumber makanan. Ia seterusnya memaksa haiwan tersebut bergerak ke kawasan yang lebih luas, hingga menghampiri penempatan manusia, kerana terdesak mencari makanan.

Tanpa campur tangan mana-mana pihak untuk melindungi hidupan liar dan hujan yang dijangka tidak akan turun menyebabkan haiwan di bahagian di negara Afrika Timur itu boleh menghadapi krisis eksistensi menurut ahli pemuliharaan. 

Menurut pegawai pemantau di Grevy’s Zebra Trust (GZT), Andrew Letura berkata, ia merupakan satu ancaman yang serius buat spesis ini. Difahamkan, Zebra Grevy merupakan kuda belang yang mempunyai saiz yang lebih besar daripada kuda belang biasa serta telinga yang lebih lebar. 

Kuda belang ini merupakan spesies yang jarang ditemui dan hanya terdapat 3,000 spesies sahaja yang tinggal di dunia serta 2,500 daripadanya berada di Kenya. Kemarau telah membunuh kira-kira 40 Grevy sejak Jun yang lalu dan dijangkakan lebih banyak yang akan mati sepanjang tahun, lapor Letura. 

“Jika kita kehilangan 40 ekor dalam tempoh tiga bulan, berapa banyak lagi yang akan tinggal di masa akan datang?” soalnya. 

Dalam pada itu, GZT telah mula memberi makan jerami kepada kuda belang Grevy yang dicampurkan bersama molase, garam dan kalsium sebagai inisiatif mengurangkan kadar kematian dan bukannya menghalang dari kematian haiwan itu dari terus berlaku. 

Keadaan di selatan Kenya juga dilihat suram 

Ketua Eksekutif Big Life Foundation yang berkhidmat dengan pemilik tanah tempatan untuk melindungi kawasan pemuliharaan dan kawasan terbuka Ekosistem Ambisi, Benson Leyian berkata, renjer telah melakukan pengiraan lapan kali lebih banyak haiwan mati dan lemah untuk berdiri berbanding September tahun sebelumnya. 

“Amboseli Trust for Elephants juga telah merekodkan sebanyak 50 ekor gajah mati dan hilang,” jelasnya. 

Bau bangkai haiwan mati

Berhampiran dengan Kitenden Conservancy, bau busuk bangkai haiwan begitu kuat sehingga beberapa orang pelancong terpaksa mengenakan topeng muka, menurut salah seorang renjer di situ. Beberapa haiwan liar juga dipercayai mati di tangan manusia. 

Sementara itu, Save the Elephant berkata pihaknya mendapati semakin banyak gajah dibunuh dengan menggunakan senjata api dan lembing dengan gadingnya yang masih berada pada gajah-gajah itu. Ini bermakna, gajah di sana menjadi mangsa kepada konflik manusia di kawasan tersebut dan bukannya pemburuan haram. 

Ketua operasi lapangan untuk Save the Elephants, David Daballen berkata, krisis ini bukan hanya semata-mata disebabkan oleh kemarau sahaja. Kawasan yang dijadikan padang ragut untuk haiwan ternakan menyebabkan kawasan hutan semakin berkurang dan menyukarkan ekosistem untuk pulih dari kemarau.

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

Sumber: Times Live

Faiz Mustafa