Siakap Keli

Syarikat Malaysia Cipta Satelit Terkecil Di Dunia, Dapat Tempahan 520 Unit Termasuk Dari Eropah & Amerika

Syarikat Malaysia Cipta Satelit Terkecil Di Dunia, Dapat Tempahan 520 Unit Termasuk Dari Eropah & Amerika

Sebuah satelit yang dihasilkan oleh syarikat Malaysia yang terlibat dalam industri angkasa lepas, Independence X Aerospace dilapor mendapat pengiktirafan sebagai satelit terkecil dunia.

Perkara bekenaan dikongsikan sendiri oleh Ketua Pegawai Operasi merangkap pengasas syarikat, yang dikenali sebagai Izmiroz Yaminovich di laman facebook beliau baru-baru ini.

Satelit paling kecil di dunia itu, GerhanaSAT telah diperakui oleh pakar industri angkasa lepas terkenal dan ia dikatakan lebih kecil daripada Pocket Cube dan mempunyai fungsi yang sama. Ia juga mempunyai saiz jauh lebih kecil daripada CubeSat. 

Difahamkan, satelit tersebut mempunya dua versi iaitu Versi Angkasa (SV) yang berukuran 30mm, manakala Versi Pengguna (CV) berukuran 32mm panjang tepi kubus. Mereka juga telah memperlihatkan satelit tersebut yang berfungsi sepenuhnya di hadapan penonton secara langsung pada 25 September 2022. 

Menurut wakil dari Agensi Angkasa Perancis (CNES), Monsieur Dr. Patrock Castillan dan Dr Alan Gleyzes berkata, ia merupakan satelit yang terkecil di dunia yang mereka pernah dilihatnya setakat ini. 

“Kami telah menerima banyak pesanan sekurang-kurangnya 520 satelit untuk kedua-dua varian dan permintaan dari pelbagai negara terutamanya dari Eropah dan Amerika Syarikat dan beberapa negara Timur Tengah dan Afrika. 

“Buat pertama kalinya kami mengeksport produk dari Space Tech buatan Malaysia. Syarikat kami senantiasa berusaha untuk mencipta produk baru dan termaju mengikut arus kemodenan dunia,” jelasnya. 

Dalam pada itu, syarikat tersebut turut menyasarkan untuk menjadi perintis dalam misi menjayakan pelbagai teknologi angkasa lepas termasuk Satelit Femto, Kenderaan Kapsul serta Kenderaan Sifar Karbon.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada pasukan kejuruteraan angkasa lepas saya yang sangat berbakat, ahli keluarga, rakan dan penaja atas sokongan dan dedikasi mereka. Terkecil di dunia, dan yang pertama di Malaysia.

“Saya juga ingin memberi penghargaan kepada pihak ASU-Arizona State University untuk kerjasama berterusan mereka dalam mencipta femto-satelit.

“Produk Angkasa Malaysia untuk Dunia”,” tulisnya di akhir kapsyen. 

Gambar via Izmirov Yaminovich
Gambar via Izmirov Yaminovich
Gambar via Izmirov Yaminovich

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

Sumber: Izmirov Yaminovich

Faiz Mustafa