Siakap Keli
Taufan Ian Badai Florida
Kredit Daily Mail

Taufan Ian Badai Florida, Netizen Kongsi Detik Cemas Harta Benda Musnah Ditiup Angin

Taufan Ian Badai Florida, Netizen Kongsi Detik Cemas Harta Benda Musnah Ditiup Angin

Kemusnahan yang disebabkan oleh Taufan Ian ketika ia melanda di bahagian barat daya negeri itu pada Ahad lalu telah membawa bersamanya banjir yang bersejarah dan gangguan bekalan elektrik yang meluas, lapor Daily Mail.

Perkongsian yang dibuat oleh pengguna Twitter yang menggunakan nama Hurricane Ian Footage itu menunjukkan keadaan di Florida akibat daripada Taufan Ian.

Sebelum ini Taufan Ian telah membadai Virgina, Georgia, serta Carolina Utara dan Selatan yang kemudian mengeluarkan keadaan kecemasan di negara itu.

Fort Myers adalah antara yang paling teruk dipukul oleh Taufan Ian itu, menunjukkan rumah telah musnah akibat daripada air banjir. Jalan raya juga bertukar menjadi sungai dipenuhi air banjir.

 

Menurut kapsyen yang ditulis dalam video itu, angin kuat dilihat membadai Punta Gorda di Florida. Air banjir juga telah menaiki sekitar kawasan tersebut.

Dalam satu perkongsian lain di Twitter, kelihatan seorang wartawan sedang membuat liputan tentang keadaan Taufan Ian itu. Wartawan itu kelihatan terhuyung hayang ditiup angin kuat tersebut.

Menurut Bernama, Taufan Ian tersebut membadai Pantai Teluk Florida dengan kelajuan angin 241 kilometer sejam (km/j).

Menurut Daily Mail, akibat daripada Taufan Ian itu, hampir dua juta  rakyat Florida kehilangan kuasa. Gabenor Ron DeSantis memberi amaran kepada rakyat dalam ucapan pada petang bahawa perkara yang lebih teruk mungkin akan berlaku.

Gabenor Florida menggesa agar penduduk tetap di rumah masing-masing atau dalam kubu kecemasan dan jangan keluar dari rumah.

Ribut itu telah diturunkan kepada kategori dua, walaupun banjir masih berlaku dan merekodkan angin pada kelajuan sehingga 105 batu sejam.

Sumber: Hurricane Ian Footage Daily Mail

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka