Siakap Keli
Wanita Disumbat Dalam "Luggage"
Gambar : Thagier

Wanita Disumbat Dalam Beg Pakaian Terapung Di Sungai Mekong

Polis Thailand Temui Mayat Wanita Disumbat Dalam “Luggage” Terapung Di Sungai

THAILAND – Polis Kor Marin Diraja Thailand dilapor telah menemui sebuah beg pakaian yang disumbat dengan mayat seorang wanita terapung di Sungai Mekong di wilayah Isaan, Nakhon Phanom semalam, lapor Thaiger.

Menurut pegawai dari Balai Polis Marin Wilayah Nakhon Phanom, mereka telah berjaya mengambil beg tersebut keluar dari Sungai Mekong kira-kira 20 meter dari dok balai tersebut.

Kemudian, pegawai polis That Phanom, Hospital Putera Mahkota That Phanom dan pasukan penyelamat membantu menyiasat beg pakaian terapung itu.

Hasil siasatan mendapati, beg hitam tersebut mengandungi mayat wanita berkulit cerah yang memakai tank top biru dan seluar jeans labuh dengan ketinggian kira-kira 60 sentimeter.

Pegawai mempercayai usia mangsa dalam lingkungan 40 tahun.

Selain itu, sebuah batu besar, sepasang cermin mata dan jaket putih turut ditemui di dalam beg tersebut.

Seorang pegawai turut melaporkan bahawa wanita itu mungkin bukan penduduk setempat di kawasan tersebut dan mempunyai taraf hidup yang mewah berdasarkan jenama pakaian dan barang-barang yang ditemui bersama mayat berkenaan.

Antara jenama barangan yang dijumpai ialah Jaspal, Lee Cooper, Sabina, Fila dan Gucci.

Sementara itu, polis menjumpai satu luka di mukanya namun tiada dokumen berkenaan identiti mangsa. Polis percaya dia telah mati selama lebih lima hari.

Seorang pegawai mengesyaki bagasi itu terapung dari wilayah Bueng Kan atau dari negara jiran ke Thailand.

Media melaporkan bahawa nelayan tempatan telah melihat beg tersebut tiga hari lalu kerana menyangka ia hanya sampah.

Dilaporkan, mayat telah dihantar ke Hospital Srinagarind di wilayah Khon Kaen untuk bedah siasat.

Polis merayu kepada sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat tentang beg terapung atau orang hilang untuk menghubungi 09-8198-6229 atau talian 191.

Sumber : Thaiger

Baca: “Rugi Ni Bang,” Penuh Satu Troli, Tiba-tiba “Cashier” Mydin Kata Tak Baloi Bayar Macam Ni

Anis Annisa