Siakap Keli
Gambar : Kosmo

Lelaki Maut Tercampak Dari Motosikal, Rempuh Tapir Tengah Jalan

Lelaki Maut Tercampak Dari Motosikal, Rempuh Tapir Tengah Jalan

KUALA PILAH – Seorang penunggang motosikal dilaporkan maut selepas melanggar seekor tapir di kilometer 16, Jalan Seremban Kuala Pilah, malam tadi, lapor Kosmo.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, mangsa merupakan seorang lelaki berusia 33 tahun dan kejadian berlaku antara 11.15 malam.

Dilaporkan, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS150 hendak pergi ke Kuala Pilah dari arah Seremban secara berseorangan.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, tiba-tiba seekor Tapir telah melintas jalan, lalu motosikal tersebut tidak sempat mengelak terus melanggar Tapir tersebut dan tercampak ke tepi jalan.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah dibahagian kepala dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa berada di Jabatan Forensik Hospitak Kuala Pilah untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Sumber : Kosmo

Baca: “Rugi Ni Bang,” Penuh Satu Troli, Tiba-tiba “Cashier” Mydin Kata Tak Baloi Bayar Macam Ni

Anis Annisa