Siakap Keli
Gambar hiasan. (Kredit: Bitcoinist)

BNM Umum Perincian Rizab Antarabangsa Pada Akhir Bulan Ogos 2022

Mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung  Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund, IMF), butiran  terperinci rizab antarabangsa memberikan maklumat akan datang mengenai  saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab, dan aset mata wang asing lain,  serta jangkaan dan prospek aliran masuk dan keluar pertukaran asing bagi  Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia untuk tempoh 12 bulan  akan datang. 

Butiran terperinci rizab antarabangsa berdasarkan format SDDS terkandung  dalam Jadual I, II, III dan IV.  

  • Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual I, aset rizab rasmi berjumlah  USD108,239.3 juta, manakala aset mata wang asing lain berjumlah  USD5.3 juta pada akhir bulan Ogos 2022.  
  • Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual II, bagi tempoh 12 bulan akan  datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi  pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing berjumlah  USD9,399.8 juta. Aliran keluar jangka pendek ini termasuk pembayaran  balik berjadual peminjaman luar negeri oleh Kerajaan dan kematangan  Bil Antara Bank dalam mata wang asing Bank Negara. Kedudukan  jualan hadapan adalah sebanyak USD15,079.5 juta pada akhir bulan 

Ogos 2022, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam  pasaran wang. Sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak bulan  April 2006, data ini tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang  asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek.  Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah USD2,044.9 juta  untuk tempoh 12 bulan akan datang.  

  • Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual III, satu-satunya saluran keluar  bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan  Kerajaan bagi hutang luar negeri dalam mata wang asing yang akan  matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah USD399.5 juta. Rizab  antarabangsa Malaysia tidak mempunyai sebarang pinjaman dalam  mata wang asing yang terkandung opsyen, kemudahan kredit belum  digunakan dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau  kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, serta bank dan  institusi kewangan lain. Bank Negara Malaysia juga tidak terbabit dalam  urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit.  

Secara keseluruhan, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format  SDDS IMF menunjukkan rizab antarabangsa Malaysia pada akhir bulan Ogos  2022 tetap boleh guna.

Amira

Love yourself.