Siakap Keli
6 jenis pinjaman rumah
Kredit BERNAMA

Rancang Nak Beli Rumah Pertama? Ini Enam Jenis Pinjaman Kena Ambil Tahu Sebelum Buat Keputusan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Rancang Nak Beli Rumah Pertama? Ini Enam Jenis Pinjaman Kena Ambil Tahu Sebelum Buat Keputusan

Tempat tinggal yang selesa merupakan satu kepentingan bagi kehidupan terutamanya mereka yang sudah berkeluarga. Bagi mereka yang masih bujang ianya sangat bertuah apabila anda sudah memiliki rumah sendiri sebelum mendirikan rumah tangga.

Pasti ramai yang mengimpikan untuk membeli rumah pertama mereka sejurus mendapatkan pekerjaan dan kewangan yang stabil. Tetapi tahukah anda terdapat enam jenis loan rumah yang anda perlu ketahui sebelum membelinya.

Dalam perkongsian seorang ejen hartanah James Te dalam akaun Twitternya, beliau berkongsi enam jenis pinjaman rumah yang perlu diketahui bagi pembeli rumah pertama. Jom kita terokai sama-sama.

Term Loan

Kredit Google

Jenis pinjaman yang pertama ialah ‘term loan’ yang bermaksud pinjaman jenis ini mempunyai tempoh pembayaran yang pembeli kena bayar tepat pada masanya. Kebiasaannya bank tidak akan izinkan peminjam membayar tambahan untuk mengurangkan ‘interest bank’ yang dikenakan kepada anda.

Selain itu, wang yang terlebih banyak, tak boleh diambil keluar lagi dan akan dijadikan sebagai bayaran bulanan bagi bulan seterusnya.

Semi Flexi Loan

Pinjaman jenis ini boleh dibayar lebih untuk menjimatkan cas ‘interest bank’. Boleh mohon untuk ambil balik duit lebih yang masuk dalam akaun pinjaman.

Tetapi kebiasaannya akan ada cas tambahan sekurang-kurangnya RM 50 setiap tranksaksi di buat.

Flexi Loan

Pinjaman ini boleh menggunakan debit kad atau cek dengan senang. Tetapi sesetengah bank akan ada cas tambahan setiap tahun dan ada juga yang percuma.

Anda akan ada satu akaun semasa yang dipautkan ke akaun pinjaman di mana setiap bayaran bulanan akan ditolak dari akaun semasa dan masuk ke akaun pinjaman.

Lebihan bayaran yang tinggal di akaun semasa akan dikira oleh bank untuk mengurangkan kadar ‘interest’, maksudnya bayar principle banyak.

Government Loan atau LPPSA

Kredit LPPSA

LPPSA hanya boleh dipinjam oleh pekerja kerajaan yang telah mendapatkan surat pengesahan daripada majikan.

James Te juga berkongsi pengalaman pelanggannya yang mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun dan ke atas untuk mereka melayakkan mendapat pinjaman LPPSA tersebut.

Kadar pinjaman LPPSA ini tetap pada kadar 4%, jika pasaran jatuh ke 2.95% masa pandemik, peminjam tetap akan membayar kadar 4% tadi. Ini merupakan salah satu kelemahan kepada pinjaman jenis ini.

Tapi jika kadar pasaran SBR mencecah 4.5%, pinjaman ini akan rendah daripada harga pasaran.

Sebagai contoh pinjaman maximum RM 700,000 sahaja, tapi beli rumah harga RM 1 juta, maksudnya peminjam kena membuat ‘joint loan’ ataupun baki bayaran tersebut kena bayar secara tunai.

Staff Loan

Pinjamanan ini adalah khas kepada staff yang bekerja dengan bank tertentu. Staff loan ini mempunyi kadar yang rendah dan selalunya senang diluluskan.

Cuma anda kena tahu project perumahan itu menggunakan bank yang mana satu, jika dia menggunakan bank lain dari tempat anda bekerja jadi anda masih tidak boleh membuat pinjaman tersebut.

Refinance Loan

Refinance loan ini istimewa sikit, anda kena ada rumah yang gerannya bawah nama anda dan baru la boleh memohon pembiayaan semula ini.

Pembiayaan semula biasanya dibuat untuk mendapatkan wang tunai untuk pendidikan anak atau kegunaan kecemasan tanpa anda menjual rumah.

Syarat dia, nilai rumah itu mesti melebihi daripada nilai sewaktu anda membeli rumah tersebut. Contoh beli rumah RM 400,000, nilai dari bank RM 600,000 jadi pembiayaan semula maximum yang boleh anda mohon adalah 600k x 80k= 480k.

Jika baki hutang bank tinggal RM 200,000, kemudian 480k-200k= 280k. Jadi anda akan dapat 28ok tidak termasuk bayaran peguam dan RPGT (profit gain tax).

Itulah dia kesemua enam jenis pinjaman bagi rumah. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada pembaca apabila nak membeli rumah nanti.

BACA: Kelayakan Piala Asia B-17: Malaysia Jinakkan Palestin 4-0

Sumber: James Te/Twitter

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.