Siakap Keli
"Hammad Anak Soleh"
Gambar: Facebook Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

“Hammad Anak Soleh,” Dr Zulkifli Kongsi Anak Tak Pernah Lekang Solat Berjemaah & Zikir Ketika Tenat Atas Katil

“Hammad Anak Soleh,” Dr Zulkifli Kongsi Anak Tak Pernah Lekang Solat Berjemaah & Zikir Ketika Tenat Atas Katil

Selamat dikebumikan pada jam 11.30 pagi tadi, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri meluahkan rasa syukur kerana urusan pengebumian arwah anaknya dipermudahkan.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, beliau turut berkata bahawa arwah merupakan seorang anak yang soleh dan tidak pernah lekang menunaikan ibadah walaupun sedang sakit tenat.

“Alhamdulillah, semuanya diuruskan dengan pantas sebagaimana sunnah Nabi SAW.

“Hammad adalah anak yang soleh. Sentiasa melazimi solat berjemaah dan zikir walaupun ketika sedang tenat di atas katil. Alhamdulillah, beliau meninggalkan kami disisi, dalam keadaan yang amat mudah,” katanya.

Tambah Dr Zulkifli, beliau turut mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua pihak yang membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung bermula dari pemandian jenazah sehinggalah pengebumian.

“Kematian menyedarkan kita bahawa kehidupan yang hakiki sebenarnya bermula selepas nafas terhenti,” jelasnya lagi.

Terdahulu, kita dikejutkan apabila menerima satu perkhabaran duka bahawa anak beliau, Hammad Zulkifli telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.22 pagi tadi. Arwah kemudiannya disolatkan pada jam 9.45 pagi tadi.

BACA JUGA: Bapa Letak Nama Unik Dua Beradik, ‘Lalu Dunia Pun Tersenyum’ & ‘Dan Semuanya Menjadi Indah’

Sumber: Facebook Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

BACA JUGA: “Jangan Tinggi Suara Tanpa Sebab…”, ‘Tok Abah’ Kongsi 10 Petua Menjadi Isteri Solehah

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.