Siakap Keli
Gambar: Facebook Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Anak Datuk Dr Zulkifli Meninggal Dunia Pagi Tadi

Anak Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri Meninggal Dunia Pagi Tadi

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan bahawa anaknya, Hammad Zulkifli meninggal dunia pada jam 5.22 pagi tadi.

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan di Facebook beliau berkata sudah redha dan sabar dengan pemergian anaknya.

“Duhai anakandaku Hammad, air mata deras mengalir menyaksikan sendiri Hammad menghembuskan nafas terakhir di sisi Abah. Abah sekeluarga sejujurnya amat sedih atas perpisahan ini,” tulisnya di media sosial.

Tambahnya, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang banyak membantunya dalam menguruskan Hammad dari awal sehinggalah ke liang lahad.

“Saya memohon maaf sekiranya ada salah dan silap di pihak anakanda saya, Hammad,” katanya lagi.

Dimaklumkan, jenazah anaknya bakal disolatkan pada jam 9.45 pagi di Pusat Islam di Kompleks Islam Tuanku Muhriz, Universiti Sains Islam Malaysia.

Walaupun diuji dengan pemergian anakandanya, beliau masih menyampaikan ceramah pada jam 9 pagi tadi.

“Assalamualaikum. Jalsah ‘Ilmiyyah pada pagi ini jam 9 pagi diteruskan seperti biasa sebelum solat jenazah anakanda saya pada jam 9.45 pagi. Kemuliaan ilmu tidak ada galang gantinya,” maklumnya lagi.

Salam takziah kepada Dr Zulkifli sekeluarga, semoga Allahyarham Hammad ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Sumber: Facebook Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri

BACA JUGA: Legenda Bola Sepak Milan & Madrid, Clarence Seedorf Umum Peluk Islam

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?