Siakap Keli
Lelaki terkejut Ingat Tahi Lalat Biasa
Gambar: Daily Mail

Lelaki Terkejut Disahkan Menghidap Kanser Selepas Tukang Gunting Gesa Periksa Tahi Lalat Pelik Pada Leher

Lelaki Terkejut Disahkan Menghidap Kanser Selepas Tukang Gunting Gesa Periksa Tahi Lalat Pelik Pada Leher

Seorang lelaki terkejut selepas disahkan mengalami kanser selepas tukang rambut menggesanya supaya memeriksa tahi lalat di bahagian lehernya yang kelihatan agak ‘pelik’.

Memetik Daily Mail, lelaki terbabit, 38, pada awalnya menyangka bahawa tahi lalat di lehernya merupakan perkara biasa selepas doktor mendakwa bahawa ia tiada sebarang isu walaupun didesak oleh tukang rambut untuk diperiksa.

Tukang rambut yang melihat tahi lalat berkenaan masih mendesak lelaki berkenaan untuk pergi membuat pemeriksaan semula buat kali kedua.

Lelaki Terkejut Ingat Tahi Lalat Biasa Rupanya Kanser
Gambar: Daily Mail

Lelaki berkenaan kemudiannya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan doktor pakar kulit untuk mengambil biopsi dengan segera selepas menyedari ia membesar dua kali ganda pada 11 hari kemudian.

Dia terpaksa menjalani pembedahan pada bahagian lehernya selama 10 jam untuk mengeluarkan nodus limfanya itu di Brisbane.

Apa yang mengejutkan, setelah hasil imbasan mendapati bahawa dia bukan sahaja mempunyai kanser itu pada bahagian belakang telinganya namun di beberapa bahagian lain lagi.

Lelaki Terkejut Ingat Tahi Lalat Biasa Rupanya Kanser
Gambar: Daily Mail

Hasil pemeriksaan mendedahkan bahawa dia mengalami kanser Melanoma nodular yang telah menular ke nodus limfanya melalui tahi lalat tersebut.

Doktor menjelaskan bahawa ia merupakan satu berita buruk selepas mengesahkan kanser berkenaan.

“Ketika itu, saya melihat pasangan saya. Saya berkata akan mati dan pulang dengan perasaan yang sedih,” katanya.

Tambahan lagi, doktor mengesahkan bahawa dia hanya mempunyai enam bulan sahaja untuk hidup pada Ogos lalu. Oleh itu, dia menelefon rakan-rakannya secara rawak dengan harapan memberikan keselesaan kepadanya.

“Ia seperti dalam sebuah filem apabila seseorang menerima berita buruk dan cerita itu terhenti,” katanya.

Untuk makluman, Melona nodular merupakan suatu penyakit yang boleh merebak ke organ utama dalam tempoh tiga bulan, lapor Healthline.

Sumber: Daily Mail

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?