Siakap Keli
Maritim Malaysia Beri Bantuan Terhadap Bayi Perempuan
Gambar: Agensi Pengutkuasaan Maritim Malaysia

Alami Sawan Atas Feri, APMM Bantu Bawa Bayi 10 Bulan Ke Hospital

Alami Sawan Atas Feri, APMM Bantu Bawa Bayi 10 Bulan Ke Hospital

Seorang bayi perempuan  yang mengalami sawan sewaktu menaiki Langkawi Feri RoRo telah berjaya dibawa ke hospital oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Kedah dan Perlis dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Menerusi kenyataan di Facebook, APMM telah melaksanakan ‘Medical Evacuation‘ (MEDEVAC) ke atas bayi berkenaan untuk dipindahkan daripada feri tersebut.

Gambar: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksmana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata sekitar  jam 4 petang, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi menerima panggilan kecemasan daripada nahkoda feri berkenaan untuk dibawa ke hospital berhampiran.

“Bayi berusia 10 bulan itu dibawa keluar bersama ahli keluarganya menaiki bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan operasi di perairan Langkawi.

Gambar: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

“Bayi dan ahli keluarganya kemudiannya dibawa ke Jeti Maritim Negeri Kedah dan Perlis di Bukit Malut sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Maliha untuk tindakan lanjut,” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, Maritim Malaysia sentiasa komited dalam menyalurkan bantuan kepada komuniti maritim setempat serta mengalu-alukan kepada orang ramai untuk melaporkan sebarang kecemasan di laut secara terus ke talian Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis 04-9662750 atau MERS 999.

Sumber: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?