Siakap Keli
Beli Kereta Idaman RM51k
Kredit Metro Jambi

Dua Tahun Menyimpan, Pasangan Suami Isteri Teruja Beli Kereta Idaman RM51k Guna Duit Syiling

Dua Tahun Menyimpan, Pasangan Suami Isteri Teruja Beli Kereta Idaman RM51k Guna Duit Syiling

Suami isteri dari Sungai Kambang, Kota Jambi dilaporkan telah membeli sebuah kereta Toyota Calya berharga RM 51,000 hasil dari simpanan duit syiling bernilai 30 sen.

Menurut Koran Jakarta, pasangan suami isteri tersebut tidak memasukkan wang yang dikumpulnya itu ke dalam bank sebaliknya hanya disimpan di dalam balang gula-gula.

Syiling yang bernilai RM 0.30 setiap satu itu dikumpul oleh mereka untuk memenuhi impian mereka.

“Hari ini, isteri dan anak saya datang ke Toyota dengan wang tunai RM 51,000 untuk membeli kereta idaman kami sekeluarga selepas lebih dua tahun menabung hasil daripada perniagaan kami,” kata lelaki itu.

Kereta Toyota Calya itu difahamkan merupakan kereta idaman mereka sekeluarga.

Mereka membawa duit syiling itu dengan menaiki motosikal dan diletakkan dalam balang gula-gula. Lelaki itu berkata bahawa dia telah mengumpul duit syiling itu kira-kira dua tahun, hasil daripada perniagaannya di hadapan Hospital Raden Jambi bersama isterinya.

“Kami telah mengumpulkan wang itu kira-kira dua tahun,” katanya.

Kredit Metro Jambi

Semasa di lokasi pusat pameran itu, semua pekerja di situ dikatakan sedang sibuk untuk mengira jumlah duit syiling yang dibawa oleh pasangan suami isteri itu. Setelah jumlah wang itu dikira mencukupi dengan nilai harga kereta itu.

Pihak penjual kemudian menyerahkan kunci kereta impian mereka itu berserta dokumen pemilikan kenderaan tersebut.

Sumber: TribunJambi.com Koran Jakarta

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.