Siakap Keli
pasar borong selayang dinaiki air
Gambar: tangkap layar video Twitter

Hujan Berterusan, Pasar Borong Selayang Dinaiki Air Tadi

Hujan lebat yang berterusan dipercayai mengakibatkan sebahagian kawasan Pasar Borong Selayang di Selangor dinaiki air sekitar dalam kejadian sekitar jam 4 petang hari ini.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Twitter milik @medWANt, jambatan di Pasar Borong Selayang dinaiki air ekoran hujan yang berpanjangan walaupun hanya gerimis.

Dalam masa sama, pada satu sudut rakaman, kelihatan paras sungai di kawasan berhampiran pasar borong tersebut meningkat berbanding biasa, selain alirannya turut agak deras.

Tidak kurang juga dalam perkongsian itu turut kelihatan kelibat haiwan reptilia dipercayai ular berada di kawasan darat, disyaki muncul selepas kejadian air naik tersebut.

Pemilik rakaman itu juga turut memuat naik gambar-gambar keadaan semasa di lokasi kejadian.

Berdasarkan gambar di bawah, kelihatan sebahagian ruang jalan raya di sekitar pasar borong tersebut mempunyai air bertakung yang dipercayai agak tinggi parasnya.

 

Gambar: Twitter @medWANt
Gambar: Twitter @medWANt

Menurut @medWANt, lebih mengejutkan, kemunculan haiwan reptilia dipercayai ular juga turut dikesan di lokasi kejadian.

“Antara mangsa yang sempat diselamatkan,” katanya pada kapsyen gambar tersebut.

Gambar: Twitter @medWANt

Meninjau di ruangan komen, rata-rata penduduk Selayang menyuarakan kebimbangan mereka ekoran premis itu berdekatan dengan kawasan perumahan mereka.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di 14 negeri akan berpanjangan sehingga 7 malam ini.

Keadaan cuaca itu membabitkan Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Selangor meliputi Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat,” maklum jabatan berkenaan menerusi kenyataan itu.

Sementara itu di Johor, Sinar Harian melaporkan terdapat dua daerah yang terjejas akibat banjir iaitu Kluang dan Pontian. 

Menerusi kenyataan, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan tiga pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di dua daerah yang terjejas itu.

“Di Pontian, seramai 39 mangsa banjir adalah dari Kampung Sri Gambut, Kampung Paya Embun, Kampung Melayu Raya dan Kampung Sri Menanti masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya,” katanya.

Seramai 75 daripada 26 buah keluarga ditempatkan di dua PPS daerah itu dn Kluang merupakan antara daerah yang tertinggi memiliki mangsa banjir.

Difahamkan kejadian banjir kilat yang berlaku disebabkan hujan lebat yang berterusan pada pagi Ahad dan menyebabkan beberapa buah rumah dinaiki air.

Sumber: Twitter / @medWANt

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana