Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal akan berlaku di beberapa negeri sehingga jam 7 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa amaran hujan lebat itu melibatkan negeri Kedah iaitu di Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
Di Pulau Pinang, hujan lebat diramal di daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
Seterusnya, di Perak pula amaran membabitkan kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Manakala di Terengganu, daerah Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun dijangka terlibat.
Begitu juga dengan negeri Pahang, di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Kuantan.
Selain itu, hujan juga diramal di Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat di negeri Selangor.
Bagi Negeri Sembilan, hanya daerah Jelebu yang terlibat.
Beralih ke Sarawak, MetMalaysia berkata hujan akan berlaku di daerah Kuching (Bau dan Lundu), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang.
Di Sabah pula, hujan dijangka di Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.
Sementara itu, Wilayah Persekutuan Labuan juga akan dilanda hujan lebat.

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.