Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di lapan negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 9 malam ini.
Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia berkata amaran itu melibatkan negeri Perak iaitu di Selama, Larut Matang, Kuala Kangsar, Perak Tengah, Hilir Perak, Batang Padang, Kampar, Kinta dan Muallim.
Di Kelantan pula, hanya daerah Gua Musang yang diramal terlibat.
Manakala, di Terengganu membabitkan kawasan Kemaman, Dungun, Besut, Setiu, Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
Di Pahang, daerah Rompin, Kuantan, Jerantut, Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh dijangka terlibat.
Bagi negeri Selangor, amaran hanya melibatkan daerah Gombak dan Hulu Selangor.
Begitu juga di negeri Johor iaitu di Segamat dan Mersing.
Beralih ke Sarawak, amaran membabitkan Limbang, Miri (Marudi, Miri, Subis dan Beluru).
Manakala di Sabah pula di Pedalaman (Pensiangan, Tenom, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Keningau, Sipitang dan Sook), Sandakan (Tongod dan Kinabatangan), Tawau (Kalabakan).
Amaran juga melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan.
8 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.
