Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 5 petang ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Kedah, Terengganu, Johor, Sarawak, Sabah dan seluruh kawasan Pulau Pinang serta WP Labuan.
"Di Kedah, beberapa kawasan diramal hujan seperti Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Terengganu pula termasuk Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.
"Di Johor pula melibatkan kawasan Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru. Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah seperti Kuching, Serian (Tebedu), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sri Aman, Betong (Betong), Sibu (Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song), Bintulu (Tatau), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.
"Bagi Sabah pula melibatkan kawasan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Sandakan (Telupid)," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.