Lelaki Rusia “Volunteer” Sertai Perang Untuk Elak Dengar Isteri Membebel – Datuk Bandar Rusia
Satu persepuluh daripada lelaki di Rusia menawarkan diri untuk menyertai perang konflik terhadap Ukraine bagi melarikan diri daripada bebelan isteri mereka, dakwa Datuk Bandar Vorkuta, Yaroslav Shaposhnikov.
“Kira-kira 10% sukarelawan yang menyertai peperangan itu adalah kerana isteri mereka sering kali membebel dan membebel,” kata Shaposhnikov semasa perbincangan panel dalam talian ‘Open Vorkuta’.
Beliau menggesa agar wanita Rusia boleh mendorong dan menyokong suami mereka. Shaposhnikov bagaimanapun, tidak menghuraikan lanjut mengenai 10% itu bersamaan anggaran berapa orang.
Video mesyuarat yang disiarkan oleh Datuk Bandar itu telah menjadi tular dan mendapat liputan meluas daripada media. Di tengah kekecohan ejekan itu, Shaposhnikov mempertahankan kenyataannya dan mengatakan bahawa komennya telah disalah tafsir oleh media.
“Kata-kata itu diambil di luar konteks, malah ada yang memberi tafsiran sendiri. Anda perlu menonton video itu sepenuhnya, tetapi secara umum saya tetap dengan pendirian saya bahawa wanita adalah tonggak kepada suami dan perlu menyokong suaminya dalam apa jua keadaan,” katanya.
Rusia mengisytiharkan kerahan askar simpanannya awal bulan ini untuk memperkukuh angkatan barisan hadapan mereka dalam menentang Ukraine.
Dalam masa yang sama, Moscow sedang berusaha untuk menggerakkan 300,000 askar simpanan mereka dengan memberi kepada mereka yang pernah berkhidmat dalam tentera dan mempunyai pengalaman pertempuran sebelum ini.
Sumber: RT