Siakap Keli
pegawai terbunuh kanjuruhan dinaikan pangkat
Gambar: Orang Awam via Bernama

Pegawai Polis Yang Terbunuh Di Stadium Kanjuruhan Dinaikkan Pangkat

JAKARTA, 4 Okt (Bernama) — Dua pegawai polis yang terkorban ketika bertugas dalam tragedi 1 Oktober di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur, dinaikkan pangkat.

Brigadier Pertama Fajar Yoyok Pujianto dinaikkan pangkat kepada Brigadier manakala Ketua Brigadier Andik Purwanto kepada Asisten Inspektor, mengikut arahan Ketua Polis Negara Jeneral Listyo Sigit Prabowo.

Kenaikan pangkat itu diumumkan oleh Ketua Biro Sumber Manusia Polis Jawa Timur Pesuruhjaya Jeneral Harry Kurniawan semasa menziarah keluarga kedua-dua pegawai itu.

Media tempatan melaporkan, polis Indonesia juga akan memberi hak dan bantuan lain bagi menjaga kebajikan keluarga mereka.

Pegawai itu adalah antara 125 orang yang terkorban selepas perlawanan bola sepak antara Arema FC dan Persebaya Surabaya, apabila polis melepaskan gas pemedih mata ke arah orang ramai di padang, lalu. menyebabkan rempuhan.

Tragedi itu berlaku selepas pasukan Arema FC tewas 3-2, dan mencetuskan kemarahan penyokong yang kemudiannya menceroboh masuk padang untuk bersemuka dengan pemain dan pegawai pasukan.

Tidak kurang 323 lagi cedera.

Sumber: Bernama

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.