Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mengemukakan syor kenaikan pangkat secara anumerta (posthumous) kepada Laskar Kanan Teknikal Maritim Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan yang terkorban ketika bertugas di perairan Kuala Sungai Padang, Perlis, bulan lepas.
Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, langkah itu sebagai penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan Allahyarham.
Tambah beliau, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini dalam pertimbangan mengenai perkara itu selepas APMM telah mengemukakan syor berkenaan.
APMM Syor Allahyarham Naik Pangkat Secara Anumerta
“Pengorbanan Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada keluarga Maritim Maritim Malaysia. Beliau telah membuktikan bahawa amanah menjaga keselamatan perairan negara menuntut keberanian, ketabahan dan pengorbanan yang tidak ternilai.
“Semangat serta jasa Allahyarham akan terus dikenang sebagai sebahagian daripada perjuangan warga Maritim Malaysia dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan perairan negara,” katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu menghadiri Program Hari Bersama Media Maritim Malaysia Tahun 2026 bersama 36 pengamal media yang berlangsung di Pantai Teluk Bahang, Pulau Pinang hari ini.
Terdahulu, seorang anggota APMM dilaporkan terkorban manakala tiga lagi cedera sewaktu menjalankan tugas dalam operasi di perairan Kuala Sungai Padang, Perlis 27 Oktober lalu.
