Siakap Keli
DUN selangor tidak dibubarkan tahun ini
Gambar: Bernama

DUN Selangor, Negeri Sembilan Dan Pulau Pinang Tidak Bubar Tahun Ini – PH

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) — Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang hanya akan dibubarkan tahun depan iaitu pada satu tarikh yang akan diumum kelak, menurut Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Majlis Presiden PH dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu diperoleh menerusi satu perbincangan dengan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow pada hari ini berhubung isu tarikh pembubaran DUN di negeri berkenaan.

Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di bangunan Parlimen di sini berkata pendirian pemimpin di ketiga-tiga negeri itu adalah menumpukan perhatian menangani permasalahan banjir dan meringankan beban mangsa yang terpaksa berdepan bencana itu.

“Oleh yang demikian, mereka (negeri berkenaan) tidak akan mengadakan pilihan raya sehingga selesai isu banjir dijangka Februari, Mac dan mereka ada ruang atau wewenang untuk menetapkan (tarikh) selepas itu.

“Pokoknya (negeri berkenaan) tidak akan bersama dengan Kerajaan Persekutuan seandainya pilihan raya diadakan semasa banjir kerana pada anggapan Ketua Menteri Pulau Pinang, Menteri Besar Selangor dan Negeri Sembilan mereka tidak harus tambah derita dan penderaan kepada rakyat yang terpaksa mengharungi masalah banjir,” katanya

Sumber: Bernama

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana