Siakap Keli
Cara Unik Guna Seterika Tanpa Guna Elektrik
Kredit Hairan Kopas/Instagram

Guna Dapur Je, Wanita Kongsi Cara Unik Guna Seterika Tanpa Guna Elektrik

Guna Dapur Je, Wanita Kongsi Cara Unik Guna Seterika Tanpa Guna Elektrik

Satu video memaparkan seorang wanita berkongsikan caranya menyeterika pakaian suaminya ketika ketiadaan elektrik telah menjadi tular di media sosial Indonesia, lapor Suara.com.

Video yang dimuat naik oleh satu akaun Instagram @hariankopas itu memaparkan bagaimana wanita tersebut menunjukkan caranya untuk menyelesaikan tugasan menyeterika seluar milik suaminya.

“PLN (Perusahaan Listrik Negara) terputus selama lebih 17 jam pada Isnin, tetap perlu menyeterika pakaian,” tulis keterangan dalam video berkenaan.

Dalam video itu, wanita tersebut menunjukkan bagaimana cara dia menangani masalah dengan cara kreatif ketika ketiadaan elektrik itu.

Dapat dilihat bahawa dia meletakkan seterika tersebut di atas dapur gas selama beberapa minit sehingga bahagian bawah seterika itu panas.

Kemudian, bila rasa tahap kepanasan sudah mencukupi wanita itu menggosok seluar milik suaminya menggunakan seterika yang dipanaskan daripada dapur gas tersebut.

Berkat caranya itu, dia telah berhasil menyelesaikan masalah untuk menyeterika seluar suaminya yang perlu dipakai untuk pergi bekerja.

Caranya sangat unik kerana ia boleh menjadi “life hack” yang sangat berguna jika anda menghadapi masalah ini di masa hadapan.

Video itu juga telah mendapat perhatian pengguna media sosial Instagram dan telah meninggalkan komen mereka tentang cara wanita itu menyelesaikan masalahnya.

Kredit Harian Kopas/Instagram

“Ni solusi bagus, tapi kalau guna dapur gas boleh la buat. Kalau dapur elektrik tak boleh buat,” tulis komen tersebut.

Kredit Hairan Kopas/Instagram

“Inspirasi ni kalau tak ada elektrik. Tapi awas boleh rosak seterikamu,” balas lagi satu komen berkenaan cara itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mengulas Hingga Tuntas (@hariankopas)

Sumber: Suara.com Harian Kopas/Instagram

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.