Siakap Keli
Harga Minyak Dunia Dijangka Meningkat Lebih 3 Peratus, Sila Bersiap Sedia

Harga Minyak Dunia Meningkat 3 Peratus Dalam Dagangan Hari Ini

Harga Minyak Dunia Dijangka Meningkat Lebih 3 Peratus, Sila Bersiap Sedia

Harga minyak dilapor meningkat lebih 3 peratus dalam pasaran pada hari Rabu, 5 Oktober 2022 iaitu hari ini, lapor portal berita Indonesia, Tempo.com.

Menurutnya, kenaikkan itu berlaku di ketika Persatuan Negara-negara Pengeluar Minyak (OPEC+) dijangka akan menurunkan jumlah pengeluaran minyak masing-masing.

Minyak West Texas Intermediate (WTI) untuk penghantaran pada November meningkat sebanyak US $2.89 atau sekitar 3.5 peratus menjadi USD 86. 52 per barel di bursa saham New York Mercantile Exchange. Manakala harga minyak mentah Brent untuk penghantaran Disember pula meningkat USD 2.94 atau 3.3 peratus, menjadi USD 91.8 per barel di bursa saham London ICE Futures Exchange.

Pada 3 Oktober 2022, WTI dan Brent masing-masing meningkat sebanyak 5.2 peratus dan 4.4 peratus.

Rali selama dua hari ini terjadi selepas pedagang bertaruh bahawa OPEC+ akan mengurangkan pengeluaran minyak secara besar-besaran. Penganalisis pasaran minyak melihat langkah itu akan menekan harga minyak dalam pasaran yang ketika ini sudah ketat ekoran permintaan yang sihat, kurangnya pelaburan dan juga masalah harga minyak itu sendiri.

“Kami menjangkakan pemotongan substansial akan berlaku. Ia bukan sahaja membantu mengetatkan asas fizikal, tetapi menghantar isyarat penting kepada pasaran,” kata Fitch Solutions.

Menteri minyak Kuwait berkata OPEC+ akan membuat keputusan yang tepat untuk memastikan bekalan tenaga tidak terganggu dan pada masa yang sama memelihara kepentingan pengeluar serta pengguna.  memenuhi kepentingan pengeluar dan pengguna.

BACA: Polis Johor Nafi Kes Culik Jual Organ Di Hospital Johor

Sumber: TEMPO.CO

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.