Siakap Keli
Kredit Kosmo

Mat Kilau Dilapor Sudah ‘Sampai’ Ke Gaza

Mat Kilau Dilapor Sudah ‘Sampai’ Ke Gaza

Filem sejarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan telah ditayangkan di Gaza bersempena dengan pameran ‘A Story Behind A Photo yang dianjurkan oleh Cinta Gaza Malaysia (CGM), lapor Kosmo.

Tayangan Perdana filem itu dibuat menerusi penstriman Netflix di Inkubator Perniagaan Malaysia, Gaza. Tayangan filem itu telah menarik kehadiran ratusan penduduk tempatan Gaza.

Ketua Pegawai Eksekutif CGM, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman memaklumkan mengenai perkara itu dalam satu hantaran Facebook miliknya.

Katanya lagi, penayangan filem itu kerana Malaysia dan Palestin mempunyai sejarah yang tidak banyak beza di mana kedua-dua negara pernah mempunyai sejarah dijajah oleh British.

“Sejarah kedua-dua negara Palestin dan Malaysia hampir sama berikutan pernah dijajah dan ditipu dengan alasan untuk membawa kemajuan termasuk dilawan dan dikhianati pembelot.

“Bezanya Malaysia telah merdeka, sedang Palestin masih memerlukan kita untuk mengecapi apa yang ada di tangan kita,” kata Nadir Al-Nuri ringkas.

Selain filem Mat Kilau, filem Paskal juga turut dipilih untuk ditayangkan kepada penduduk Gaza.

Sebelum ini filem yang diarahkan Syamsul Yusof itu telah mendapat sambutan yang hangat daripada penonton dalam dan luar negara.

Filem itu juga telah mendapat kutipan sebanyak RM80 juta dalam tempoh kurang daripada sebulan.

Filem yang mengisarkan tentang sejarah perjuangan pahlawan Melayu, Mat Kilau itu membariskan pelakon-pelakon hebat Malaysia seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Datuk Rahim Razali dan ramai lagi.

Sumber: Kosmo

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka