Siakap Keli
Bank Tersilap Lelong Rumah
Kredit The Nation Thailand

Wanita Tuntut Pampasan RM248k, Dakwa Bank Tersilap Lelong Rumah Miliknya

Wanita Tuntut Pampasan RM248k, Dakwa Bank Tersilap Lelong Rumah Miliknya

Seorang wanita di wilayah Pathum Thani, Thailand telah meminta pampasan daripada sebuah bank selepas rumah dan asetnya didakwa telah tersalah sita oleh pihak bank, lapor Nation Thailand.

Peguam bernama Ronnarong Kaewpetch berkata pada pada hari Isnin lalu bahawa dia telah menerima aduan di akaun Facebook miliknya mengenai sebuah bank yang menyita aset dari sebuah rumah dan melelong harta itu ketika pemiliknya tiada.

Pemilik rumah tersebut berkata, rumahnya itu terletak di kampung Wanasiri Parkville di Pathum Thani.

Menurut pemilik rumah tersebut, kontraktor itu telah mengeluarkan barangan dalam rumahnya pada 5 September, kemudian bertindak memotong beberapa pokok dan menanggalkan ‘awning’ sebelum meletakkan papan tanda lelongan.

Kredit The Nation Thailand

Pada 15 September, jiran kepada pemilik rumah itu berasa hairan apabila bank meletakkan papan tanda “untuk dijual” pada rumah tersebut. Apabila jiran wanita itu menghubungi pihak bank, bank kemudian mengesahkan bahawa mereka telah menjual rumah tersebut.

Ketika pemilik rumah tersebut diberitahu berkenaan perkara itu oleh jirannya, dia segera balik dan melihat keadaan rumahnya sendiri.

Pemilik rumah itu kemudiannya mendapati bahawa rumah itu telah dikosongkan manakala dapur dan balkoni dikunci oleh pihak bank.

Pemilik rumah itu terus menghubungi pihak bank dan membuat aduan.

Kredit The Nation Thailand

Pemilik rumah itu telah memfailkan aduan pada 16 September lalu di Balai Polis Lat Lum Kaeo di Pathum Thani.

Dia menghubungi bank sekali lagi dan pegawai bank itu memberitahu akan menghubunginya dalam masa tiga hari. Dia juga telah menghubungi pegawai undang-undang bank untuk memberitahu permasalahan tersebut.

Pegawai undang-undang dari bank kemudian menghubunginya pada 17 September dan memohon maaf atas kesilapan dari pihak bank kerana telah menyita rumah yang salah dan berjanji untuk bertemunya pada 20 September di balai polis.

Pada 18 September, polis telah datang ke rumah itu untuk membuat pemeriksaan, mengambil gambar dan membuat kunci baharu pada pintu pagar selepas bank menanggalkan kunci tersebut.

Pemilik rumah itu kemudian bertemu dengan wakil bank pada 20 September dan menganggarkan kerosakan serta kerugian yang ditanggung berjumlah RM 248,000.

Bank itu juga memaklumkan bahawa beberapa barangan yang mempunyai nilai sentimental telah dimusnahkan, termasuk pakaian, buku, gambar, barang koleksi dan barangan anak pemilik rumah itu.

Pada 26-27 September, dia telah menghubungi pegawai undang-undang dan peguam bank itu lalu mendapati pihak bank sedang mengumpulkan baki daripada barangan yang disita untuk dikembalikan kepadanya.

Tetapi pihak bank tidak menyebut tentang sebarang pampasan yang akan diberikan.

Dia menambah lagi, bahawa dia sering menghubungi pihak bank tetapi tiada sebarang maklum balas diperolehinya.

Sumber: The Nation Thailand

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka