Siakap Keli
pengurus beri kanak-kanak asid ditahan
Gambar: Intermoutain Healthcare

Beri Kanak-Kanak Minuman Asid, Pengurus Restoran Ditahan

Seorang pengurus restoran ditahan selepas beri asid kepada dua kanak-kanak semasa sambutan hari jadi di restoran dalam kejadian di Pakistan baru-baru ini, lapor Wion News.

Jurucakap polis Tahir Waqas memaklumkan pihaknya telah menahan pengurus terbabit dan turut membuat serbuan ke atas restoran lokasi kejadian.

“Kami telah menahan pengurus restoran dan serbuan sedang dibuat untuk menangkap orang lain yang ‘dipetik’ oleh mangsa,” katanya.

Difahamkan kedai makan tersebut telah ditutup sehingga siasatan selesaikan dilakukan oleh pihak polis.

“Ini adalah kejadian aneh dan kami sedang menyiasatnya dari semua sudut,” kata jurucakap polis semasa ditemu bual pada Isnin.

Difahamkan kejadian itu berlaku semasa keluarga mangsa menyambut sambutan hari lahir di sebuah restoran yang terkenal di Greater Iqbal Park.

“Ketika kakitangan menghidangkan botol air, anak saudara saya membasuh tangan menggunakan air yang diberi.

“Tidak lama kemudian dia menangis dan kami menyaksikan tangan dan lengannya mengalami kecederaan melecur kerana air dipercayai mengandungi asid,” kata salah seorang ahli keluarga mangsa.

Selain itu, mangsa yang berusia dua tahun dipercayai muntah selepas minum air tersebut dan mereka dikejarkan ke hospital di mana salah seorangnya dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Kes tersebut selaras dengan seksyen 336B Kanun Keseksaan Pakistan iaitu merujuk kepada hukuman kerana bahaya oleh bahan kimia menghakis.

Dalam masa sama pihak polis turut membuat aduan terhadap pengurusan restoran dan lima kakitangan yang terlibat.

Sumber: Wion News

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana