Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Ia Semakin Pelik….” Cermin Mata Jeffrey Dahmer Dijual RM695k, Orang Awam Khuatir

cermin mata siri jeffrey dahmer dijual
Gambar: Twitter

Tular di media sosial, cermin mata pembunuh bersiri Jeffrey Dahmer dijual dengan harga RM695,000 kepada pengumpul barangan antik hingga membuatkan orang ramai berasa pelik.

Menerusi laman Twitter seperti yang dilapor BBC, seorang individu memberi komen bahawa dia berasa pelik bagaimana cermin mata pembunuh bersiri itu boleh dibeli oleh orang awam.

“Ia semakin pelik setiap hari,” maklum kenyataan itu.

Menurut kenyataan laman Twitter Pop Base, cermin mata itu berjaya dijual dengan harga tinggi ekoran tayangan kisah benar membabitkan penjenayah terbabit meraih angka tontonan memberangsangkan.

Ditayang di Netflix berdasarkan kisah benar

Selain itu, kisah pembunuhan bersiri Jeffrey Dahmer menarik perhatian ramai apabila ia dibawakan ke layar perak menerusi drama bersiri Dahmer – Monster: The Jeffrey Dahmer Story (2022).

Difahamkan drama bersiri berkenaan yang mula ditayangkan di Netflix pada 21 September baru-baru ini merupakan adaptasi daripada kisah benar jenayah yang dilakukan pembunuh tersebut.

Gambar: Netflix via Google

Namun dalam masa yang sama, ada sebilangan orang ramai membantah tayangan siri itu disiarkan kerana bimbang watak pembunuh bersiri terbabit akan dijadikan idola oleh sesetengah orang.

“Pembunuh bersiri ini akan dijadikan idola kerana mencipta kejadian yang mungkin terkait dengan kehidupan masyarakat.

“Ini bukan filem rekaan tetapi merupakan trauma rakyat sebenar,” ujarnya menerusi Twitter.

Dalam pada itu seperti yang dilapor BBC, tayangan siri tersebut turut menerima kritikan sebahagian orang kulit hitam kerana didakwa berasakan pihak penerbitan tidak mempunyai nilai sensitiviti (terhadap jenayah).

Lapor BBC, kumpulan itu memboikot siri berkenaan disebabkan Dahmer (sebenar) direkodkan membunuh 17 kanak-kanak lelaki yang kebanyakannya merupakan orang berkulit hitam antara tahun 1978 dan 1991.

Catat #1 di Netflix walaupun dikritik

Gambar: Netflix via BBC

Walau bagaimanapun, kontroversi melibatkan sensitiviti itu tidak menghalang rancangan siri berkenaan untuk mencatat angka tontonan tertinggi dalam carta Netflix setakat ini.

Untuk rekod, drama bersiri Dahmer – Monster: The Jeffrey Dahmer Story sudah ditonton sebanyak 196.2 juta kali dalam minggu pertama dan kini merupakan rancangan nombor satu Netflix di lebih 60 negara.

Sementara itu difahamkan, menurut ahli keluarga salah seorang mangsa, tayangan tersebut memberikan trauma berulang kali kepadanya dan turut mengalami gangguan mental yang melibatkan emosi.

Imbas kembali, Dahmer disabitkan kesalahan melakukan jenayah kanibalisme dan nekrofilia pada tahun 1992 sebelum dijatuhi hukuman bunuh di penjara dua tahun kemudian.

Sumber: Twitter @keynon & BBC