Siakap Keli
plus ramal 1.9 juta kenderaan hujung minggu ini
Kredit: Sinar Harian

Awas Trafik Meningkat, PLUS Ramal 1.9 Juta Kenderaan Atas ‘Highway’ Hujung Minggu Ini

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ramal bahawa 1.9 juta kenderaan dijangka memenuhi lebuh raya pada hujung minggu ini bersempena cuti Maulidur Rasul.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah mengeluarkan kenyataan mengenai jangkaan trafik yang akan meningkat sehingga mencecah 1.9 juta kenderaan pada hujung minggu ini bersempena cuti Maulidur Rasul yang jatuh pada Ahad (9 Oktober 2022).

Berdasarkan kenyataan Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz mengatakan bahawa pihaknya telah merekodkan jumlah trafik harian seperti pra-pandemik iaitu 1.7 juta kenderaan setiap hari pada kebiasaannya, sejak beralih ke fasa endemik.

Pada ketika ini, jumlah tersebut diramal akan meningkat kepada 1.9 juta kenderaan pada hujung minggu dan pihaknya menjangkakan keadaan ini berterusan ketika hari minggu serta cuti sambutan Maulidur Rasul, yang mana pengguna lebuh raya akan mengambil kesempatan untuk pulang bercuti selama tiga hari.

Saran pelanggan lebuh raya rancang perjalanan dengan teliti

Oleh itu, pihak PLUS memberikan nasihat agar sesiapa yang ingin menggunakan lebuh raya pada hujung minggu ini untuk melakukan persediaan rapi dan memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan yang baik.

Ini adalah untuk memepersiapkan diri untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kesesakan akibat kenaikan trafik yang akan berlaku.”

“Sebelum memasuki lebuh raya, pelanggan dinasihatkan untuk menambah nilai kad Touch ‘n Go dan e-Wallet (bagi mereka yang menggunakan RFID) dan memastikannya sentiasa mempunyai baki yang mencukupi dan tambah nilai sebelum memulakan perjalanan untuk mengelakkan kesulitan ketika keluar di plaza tol,” tambahnya.

Di samping itu, dengan memuat turun aplikasi PLUS, orang ramai boleh memperolehi maklumat trafik terkini dan membuat perancangan perjalanan di lebuh raya.

Selain daripada Aplikasi PLUS, orang ramai boleh mengikuti laporan trafik menerusi Twitter @PLUSTrafik, talian PLUSLine 1800-88-0000, Chatbot PUTRI serta papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi tertentu.

Orang ramai juga disaran menggunakan aplikasi Waze atau Google Map untuk melihat kepadatan trafik semasa.

Kredit: PLUS

Akhir sekali, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga memberi penerangan mengenai SOP untuk pasca COVID-19 yang masih kekal berkuatkuasa sehingga kini dan anda juga dinasihatkan supaya memakai pelitup muka semasa berada di kawasan yang sesak seperti kawasan Rehat dan Rawat (RnR).

Sumber: PLUS Malaysia Berhad (PLUS)

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma