Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

BAJET 2023: Kerajaan Peruntuk Keseluruhan RM 372.3 Bilion

Fazidi

BAJET 2023: Kerajaan Peruntuk Keseluruhan RM 372.3 Bilion

Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz sebentar tadi membentangkan Bajet 2023 yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama.

Menerusi perbentangan bajet berkenaan, beliau mengumumkan peruntukan belanjawan sebanyak RM 372.3 bilion tahun ini berbanding RM 332.1 bilion yang diperuntukkan dalam Bajet 2022.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM 272.3 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus, RM 95 bilion untuk perbelanjaan pembangunan, RM 5 bilion dibawah Kumpulan Wang Covid-19 serta RM 2 bilion disediakan sebagai Simpanan Luar Jangka.