Kelayakan Piala Asia B-17: Malaysia Jinakkan UAE 3-2
Skuad B-17 kebangsaan berjaya menumpaskan pasukan UAE dalam perlawanan kumpulan B bagi kelayakan Piala Asia B-17 2023 dengan jaringan 3-2 sebentar tadi.
Gol pertama pasukan Malaysia berjaya disumbangkan oleh Arami Wafiy pada minit ke-45 separuh masa pertama.
Menjelang permainan separuh masa kedua, giliran Anjasmirza pula menyumbang gol bagi skuad B-17 kebangsaan pada minit ke-51.
Pasukan UAE kemudian merapatkan kedudukan dengan jaringan gol oleh Saeed Amer Mohammad pada minit ke-76 dan seterusnya menyamakan kedudukan dua sama pada minit ke-84 oleh Abdulaziz Mohamed Almarzooqi.
Ketika perlawanan memasuki 93 minit permainan, skuad B-17 kebangsaan berjaya menamatkan perlawanan itu dengan skor permainan 3-2 selepas Faris Danish berjaya menambah gol pada saat-saat akhir perlawanan.
Susulan daripada kemenangan itu, skuad negara berjaya memperoleh 3 mata penuh.
Perlawanan seterusnya Malaysia akan bakal berdepan dengan pasukan dari Indonesia pada 9 Oktober nanti.
Keputusan Masa Penuh
Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia B-17 2023
MALAYSIA 🇲🇾 3-2 🇦🇪 UAE
⚽️ Arami Wafiy 45'+1' Anjasmirza 51' Faris Danish 90'+3'
⚽️ Saeed Amer Mohammad 76' Abdulaziz Mohamed Almarzooqi 84' #FAM #HarimauMalaya #AFCU17 pic.twitter.com/ZIiDJKbWu2— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 7, 2022