Siakap Keli
Paras Air Di Tiga Kawasan Di Selangor
Gambar: The Maitland Mercury

Paras Air Di Tiga Kawasan Di Selangor Berada Di Peringkat Bahaya

Paras Air Di Tiga Kawasan Di Selangor Berada Di Peringkat Bahaya

Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air memberi amaran bahawa paras air di beberapa kawasan di Selangor dilaporkan berada pada paras bahaya sebentar tadi.

Menerusi kemaskini di laman Facebook rasmi miliknya, kawasan yang telah melebihi peringkat bahaya itu adalah Lembangan Sungai Buloh, Sub Lembangan Sungai Buloh dan Stesen Sungai Buloh di Paya Jaras.

Ekoran daripada itu, orang ramai yang berada di kawasan yang dinyatakan diminta untuk berhati-hati dan sentiasa berwaspada dengan paras air.

Sentiasa dapatkan maklumat terkini berkenaan paras air tersebut agar tindakan awal dapat dilakukan.

https://www.facebook.com/ustaztitm/posts/pfbid0sLm3FL9jrrCNFw78qKe11B5CFAEUSkyDbCU8jBEFV4Td6gNUm3oJWV258P42atQzl

Sumber: Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man/Facebook

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.