Siakap Keli
Kredit Detik.com

Alhamdulillah, Indonesia Tidak Jadi Di ‘Ban’ Oleh FIFA – Jokowi

Alhamdulillah, Indonesia Tidak Jadi Di ‘Ban’ Oleh FIFA – Jokowi

Negara Indonesia boleh menarik nafas lega selepas FIFA tidak jadi mengharamkan negara itu daripada menyertai mana-mana liga antarabangsa berikutan Tragedi Kanjuruhan yang mengorbankan ratusan nyawa pada minggu lepas.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden Republik itu Joko Widodo selepas bercakap dengan Presiden FIFA, Giani Infantino beberapa hari lalu.

“Semalam saya menerima surat daripada FIFA. Ianya berkaitan perbualan saya dengan presiden FIFA, Gianni Infantino pada 3 Oktober lalu,” kata Jokowi dalam siaran di akaun YouTube Sekretariat Presiden.

“Berdasarkan surat itu, Indonesia tidak akan di ‘ban’ oleh FIFA. FIFA juga bersama-sama dengan kerajaan akan membentuk pasukan transformasi bola sepak Indonesia dan akan berpangkalan di Indonesia sepanjang proses itu,” tambah Jokowi lagi.

Tragedi Kanjuruhan berlaku selepas perlawanan Arema FC menentang Perserbaya Surabaya pada hujung minggu lalu berjaya mendapat perhatian dunia.

Seramai 131 maut akibat berlaku tolak menolak dikalangan penonton selepas gas pemedih mata dilepaskan oleh pasukan keselamatan.

Disebabkan kejadian itu, bola sepak Indonesia bimbang mereka akan dikenakan sekatan oleh FIFA kerana dianggap tidak mampu mengawal perlawanan dengan baik dalam perlawanan peringkat Liga Indonesia.

Jika Indonesia di ‘ban’, maka mereka tidak akan menjadi tuan rumah bagi Piala Dunia B-20 2023. Pasukan Indonesia juga tidak akan dapat menyertai Piala Asia 2023 dan Piala Asia B-23 2023.

Hampir seminggu selepas tragedi itu berlaku, Polis telah menamakan enam suspek termasuk Pengarah PT LIB Hardian Lukita dan Pengerusi Panpel Arema FC, Abdul Harris.

Sumber: Detik.com

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.