Malang Tak Berbau, Lelaki Tak Sengaja ‘Lenyek’ Anak Sendiri Guna Traktor Hingga Mati
Seorang bapa yang memandu traktor secara tidak sengaja melanggar anak perempuannya yang berusia dua tahun hingga mati dalam kejadian di Chon Buri, Thailand.
Kemalangan ngeri itu berlaku di sebuah ladang di daerah Bowin di wilayah timur Thailand pada Khamis lalu lapor The Thaiger.
Polis bertindak balas terhadap kemalangan tersebut dan mendapati bapa mangsa yang berusia 27 tahun itu sedang bersedih atas kematian anak perempuannya itu.
Lelaki itu memberitahu penyiasat bahawa dia telah memberi amaran kepada anaknya sebelum ini agar jangan bermain di sekitar traktor dan mengarahkannya supaya tidak mendekatinya ketika dia sedang mengendalikannya.
Lelaki itu menggunakan traktor untuk mengalihkan timbunan kotoran di daerah That Thong sewaktu kemalangan ngeri itu berlaku. Polis yang menerima laporan mengenai kejadian itu bergegas ke tempat kejadian bersama anggota penyelamat.
Tetapi ianya sudah terlambat, kanak-kanak perempuan berusia dua tahun itu telah mati akibat dilanggar oleh traktor. Mangsa dikatakan mati serta-merta di tempat kejadian.
Pattaya News melaporkan bahawa dia mengalami kecederaan parah di kepala dan sudah meninggal dunia pada masa pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian.
Bapa yang kesedihan itu segera memberitahu polis bahawa dia telah melanggar anak perempuannya sendiri dengan traktor itu selepas berulang kali memberi amaran tentang bahaya bermain berhampirannya.
Pegawai polis daerah di tempat kejadian telah membawanya ke Balai Polis Bowin untuk disoal siasat berkenaan kejadian itu.
Mayat mangsa yang alami kecederaan parah dibawa ke hospital untuk dibedah siasat secara lebih teliti.
Terdahulu tragedi serangan di sebuah taska di Thailand mendapat perhatian dunia selepas serangan ganas oleh seorang bekas pegawai polis itu mengorbankan 23 orang kanak-kanak yang berusia antara dua hingga tiga tahun.
Sumber: The Thaiger