Siakap Keli
Khabib Melancong Ke Singapura
Kredit Mothership

Santai Dan Bersahaja, Khabib Melancong Ke Singapura Tonton Formula 1

Santai Dan Bersahaja, Khabib Melancong Ke Singapura Tonton Formula 1

Khabib Nurmagomedov dilaporkan berkunjung ke Singapura pada hujung minggu lalu bagi menonton perlumbaan F1 2022, lapor Mothership.

Bekas atlet seni bela diri campuran Rusia yang berusia 34 tahun itu dilihat melawat kawasan Marina Bay, menurut gambar yang dimuat naik di Instagramnya.

Gambar Khabib yang berpakaian t-shirt dan berseluar pendek di hadapan Marina Bay Sands bersama rakan seni bela diri campuran Rusia, Shamil Zavurov telah mendapat lebih daripada 500,000 tanda suka di Instagram.

Khabib menggunakan bahasa Rusia dalam kapsyen gambar itu yang berbunyi “Akkuratno” dan membawa maksud kepada bentuk kapal dan tersusun rapi.

Shamil dalam Instagramnya sempat berkongsi gambar dan video lain yang memaparkan Khabib sedang melawat Gardens By The Bay dan Flower Dome.

Catatan Shamil pada 3 Oktober lalu berkata, Khabib berada di Singapura pada hujung minggu lalu untuk menyaksikan perlumbaan F1 pada 30 September hingga 2 Oktober lalu.

Kedatangan Khabib ke Singapura kelihatan santai tanpa dikerumuni peminat. Dalam video, Khabib melawat Gardens By The Bay, dia dilihat santai dan seperti tiada siapa yang mengenalinya apabila dia berjalan melepasi pengunjung lain di kawasan awam tersebut.

Siapa Khabib

Khabib berasal daripada Republik Dagestan Rusia dan merupakan orang Islam pertama yang memenangi gelaran UFC.

Dia bersaing dalam kategori ‘lightweight’ dan kekal tidak pernah kalah sepanjang berada kerjayanya dalam kategori itu. Dia juga mempunyai rekod 29-0 dalam kejohanan UFC itu.

Beliau adalah Juara Lightweight UFC yang paling lama bertahan, setelah memegang gelaran itu sejak April2018 hinggalah Mac 2021.

Sumber: Mothership.sg

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.