Siakap Keli
Nak Makan Sedap Tapi Nak Kurus, Jom Ikuti Tip 'Diet' Sihat Tanpa Produk Kurus

Tak Perlu Produk Kurus, Ikuti 4 Tips Mudah Ini Untuk Turunkan Berat Badan Anda

Tak Perlu Produk Kurus, Ikuti 4 Tips Mudah Ini Untuk Turunkan Berat Badan Anda

Memiliki tubuh badan yang cantik dan ideal merupakan idaman setiap orang untuk kekal yakin berada di khalayak ramai.

Namun, bagi mereka yang berhasrat untuk menurunkan berat badan. Ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana memerlukan konsistensi yang tinggi dalam tempoh masa yang lama. Bahkan ada juga yang akan mengambil produk kurus untuk menurunkan berat badan.

Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia ada berkongsikan berkenaan tips diet sihat tanpa produk kurus, tanpa kos yang mahal, tanpa berlapar dan diyakini selamat.

1. Amalkan Hidangan Suku-suku Separuh

Nak Makan Sedap Tapi Nak Kurus, Jom Ikuti Tip 'Diet' Sihat Tanpa Produk Kurus
Kredit: yahoo.com

Maksud suku-suku separuh adalah pengambilan makanan untuk satu pinggan yang mengandungi sumber protein, karbohidrat, buah dan sayur. Konsep ini diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam program Pinggan Sihat Malaysia.

Cara pengambilan suku-suku separuh untuk hidangan lengkap sepinggan adalah suku sumber protein dan karbohidrat, separuh sumber buah dan sayur.

Amalan Hidangan ini perlu dilakukan 3 kali sehari iaitu pada waktu pagi, tengah hari dan malam.

Hidangan suku-suku separuh ini penting kerana ia lengkap dengan pelbagai vitaman, mineral dan serat.

2. Minum Air Secukupnya

Nak Makan Sedap Tapi Nak Kurus, Jom Ikuti Tip 'Diet' Sihat Tanpa Produk Kurus
Kredit: Freepik

Kita digalakkan mengambil air secukupnya untuk memberi hidrasi yang mencukupi dalam badan, pengambilan air kosong sehari adalah 6 hingga 8 gelas.

Air kosong tidak mengandungi kalori (0 kcal). Pengambilan air kosong dapat membantu mengekalkan metabolisma badan yang baik dan memberi tenaga kepada sesiapa yang bekerja sepanjang hari.

3. Hadkan Makanan Dan Minuman Tinggi Kalori

Makanan bergoreng, bersantan dan berminyak juga perlu di kurangkan kerana makanan kerana makanan yang digoreng dalam minyak akan menghilangkan air dan menyerap lemak dan menambahkan kandungan kalori dalam makanan tersebut.

Selain itu, elakkan makanan dan minuman yang mengandungi tinggi gula kerana pengambilan gula yang tinggi boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan, meningkatkan berat badan dan obesiti.

Seterusnya Hadkan makan terproses yang mengandungi tinggi lemak trans dan garam.

4. Lebihkan Makanan Tinggi Serat

Nak Makan Sedap Tapi Nak Kurus, Jom Ikuti Tip 'Diet' Sihat Tanpa Produk Kurus
Kredit: livea.com

Serat dapat membantu penghadaman dan memberi rasa kenyang yang lebih lama.

Pengambilan buah dan sayur mengikut saranan penting kerana ia dapat membantu memenuhi keperluan vitamin dan mineral dalam tubuh badan kita.

Seterusnya, utamakan bijirin penuh kerana bijirin merupakan makanan yang membekalkan keperluan tenaga dalam badan kita dan bijirin merupakan makanan asas kepada kita.

Kini anda boleh turunkan berat badan secara sihat tanpa produk kesihatan dan mengikuti tips yang dikongsikan dengan selamat. semoga bermanfaat kepada anda semua.

BACA: Makan Sebelum Bersenam, Atau Selepas Lagi Cepat Kurus? Ini Jawapan Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: NutritionistKKM via Twitter

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.