Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Agong Perkenan Pembubaran Parlimen Hari Ini – Ismail Sabri

Nurhanis
pembubaran parlimen
Tangkap Layar

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan pembubaran Parlimen yang ke-14 hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan sedemikian dalam satu Perutusan Khas Perdana Menteri sebentar tadi.

“Selaras dengan Perkara 40(2)(B) dan Perkara 55(2)(B) Perlembagaan Persekutuan KDYMM Seri Paduka Baginda YDPA telah bertindak menurut budi bicara baginda dengan memperkenankan permintaan saya supaya Parlimen ke-14 dibubarkan pada hari ini Isnin 22 Oktober 2022.

“Saya mengesyorkan ketua kerajaan negeri kecuali kerajaan negeri Sarawak, Sabah Melaka dan Johor supaya mengambil tindakan sewajarnya bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada tarikh yang sama dengan Pilihan Raya Umum (PRU) di peringkat Parlimen meskipun beberapa buah negeri telah memutuskan untuk tidak membubarkan DUN masing-masing.

“Ia wajar dilaksanakan serentak bagi memastikan rakyat tidak terbeban selain kelancaran proses demokrasi serta menjimatkan kos.

“Sementara itu penetapan tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi serta urusan-urusan lain yang berkaitan adalah tertakluk kepada keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” ujarnya lagi.

Hari ini Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenan pembubaran parlimen pada tengahari semalam sekaligus memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Agong telah memperkenan perkara itu selepas Ismail Sabri menyembah warkah permintaan kepada baginda mengenai pembubaran Parlimen Ke-14.

Sumber: Siaran Langsung Perutusan Khas Perdana Menteri