Seorang doktor veterinar yang dikenali sebagai Dr Ima berkongsi cara pakai collar untuk kucing dan anjing peliharaan yang betul.
Bila ada haiwan peliharaan sudah semestinya kita akan mencuba melakukan yang terbaik ibarat menjaga anak sendiri. Tidak kiralah daripada aspek penjagaan makanan, minuman, tempat tidur mahupun tempat membuang, sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai ‘tuan’ untuk memberikan yang terbaik kepada haiwan peliharaan kita.
Salah satu kelebihan mempunyai haiwan peliharaan sudah pasti ia mampu untuk menceriakan hari-hari kita dengan gelagat atau tingkah laku yang comel. Misalnya, setelah penat bekerja sudah pasti kita akan berasa penat ketika pulang ke rumah. Jadi, dengan adanya haiwan peliharaan yang menyambut ketibaaan kita di pintu rumah, rasa penat bekerja mungkin akan berkurang walaupun tidak dijamin sepenuhnya. Namun, perkara ini akan mampu mempengaruhi mentaliti kita.

Seperti yang kita tahu, memelihara seekor haiwan bukan sesuatu perkara yang mudah. Banyak perkara yang kita perlu sedia maklum sebelum membuat keputusan untuk memeliharanya. Misalnya, daripada aspek kesihatan, kebersihan dan sebagainya.
Malah, ada segelintir ‘tuan’ ingin memakaikan ‘collar’ kepada haiwan perliharaaanya. Jadi apa kepentingan pemakaian ‘collar’ ini kepada haiwan peliharaan?
Justeru, pemakaian ‘collar’ akan memudahkan orang ramai tahu yang haiwan tersebut bertuan seperti yang dilakukan oleh sesetengah orang yang memakaikan ‘collar’ yang terkandung nama, nombor telefon dan sebagainya.
Perkara ini sangat penting ketika haiwan peliharaan mereka hilang atau sebagainya. Hal ini kerana, kita umum tahu yang haiwan seperti ini gemar untuk berjalan-jalan sehingga lupa untuk pulang ke tempat asal.
Daripada aspek pemilihan atau pemakaian ‘collar’ itu sendiri ia memiliki caranya yang tersendiri. Jadi, untuk para pencinta kucing atau anjing, di sini dikongsikan tips daripada doktor veterinar Dr. Ima untuk pemakaian ‘collar’ yang betul.
1.Pemakaian ‘collar’ yang tidak terlalu ketat atau terlalu longgar
Jika memakaikan ‘collar’ kepada kucing ataupun anjing, ia perlulah disesuaikan mengikut leher haiwan itu. Misalnya, jika pemakaian yang terlalu longgar, ‘collar’ akan mudah untuk tercabut dan jika terlalu ketat pula akan menyebabkan kecederaan yang tidak diingini tanpa sedar. Jadi untuk keselamatan haiwan peliharaan, pastikan tahap kelonggaran tersebut boleh memasukkan sekurang-kurangnya tiga jari di antara leher dengan ‘collar’.

2. Material ‘collar’ yang sesuai
Sebagai tuan kepada kucing atau anjing, kita perlu memastikan material ‘collar’ tersebut adalah bahan yang tidak mengakibatkan atau mencederaan haiwan peliharaan kita. Oleh itu, pemilihan ‘collar’ atau material yang sesuai mampu memberikan keselesaan kepada makhluk comel itu.
3. Kerap periksa ‘collar’ haiwan peliharaan
Pastikan anda kerap memeriksa ‘collar’ haiwan peliharaan dan gantikannya jika ia sudah lama. Anda juga perlu menanggalkannya jika ‘collar’ itu tidak lagi sesuai digunakan oleh haiwan peliharaan.
Sudah mendalami tips pemakaian ‘collar’ kepada haiwan peliharaan? Jadi, macam mana anda pakaikan ‘collar’ kepada haiwan perliharaan anda? Nak tahu dengan lebih lanjut, mari ikuti video oleh Dr. Ima di bawah.
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada pencinta kucing mahupun anjing!
Tips pemakaian collar pada kucing atau anjing.
Nampak macam perkara kecik je kannn? But benda kecik macamni lah orang selalu terlepas pandang. And we have see a lot of injuries disebabkan kesilapan pemakaian collar ni. Terlalu longgar atau terlalu ketat. Make sure it’s NGAM! pic.twitter.com/kUzDmrH4x2
— dr.ima_vet (@drimavet) October 6, 2022
Sumber: drimavet