Siakap Keli
lelaki rugi 45k
Gambar: Mothership Sg

Lelaki Rugi RM 45k, Isteri Tengah Rajin Kemas Rumah Buang Baju Lusuh Jadi Tempat Simpan Duit

Lelaki Rugi RM 45k, Isteri Tengah Rajin Kemas Rumah Buang Baju Lusuh Jadi Tempat Simpan Duit

Seorang lelaki warga Singapura mengalami kerugian besar apabila wang berjumlah S$ 14,000 (RM45,417) yang disimpan dalam poket baju lama telah dibuang oleh isterinya ketika dia mengemas rumah.

Menurut Mothership, lelaki tersebut telah bertindak mengumpul sejumlah koleksi wang kertas nominasi  S$ 1,000 (RM3,244) selepas pihak pengurusan kewangan di Singapura telah menghentikan pengeluarannya pada tahun 2021.

“Apabila mana-mana rakan saya mempunyai wang kertas seribu dolar, saya akan menukarnya dengan mereka untuk ditambah dalam koleksi saya.

“Saya telah menyembunyikannya dalam poket baju lama kerana bimbang ia akan dicuri tetapi terlupa untuk memaklumkan kepada isteri,” jelasnya, lapor Mothership.

Dalam pada itu, insiden tersebut berlaku disebabkan oleh isterinya yang mengemas rumah secara menyeluruh dan membuang semua barangan buruk dan lama serta tidak dipakai atau digunakan lagi.

“Saya segera turun ke tempat pembuangan sampah namun plastik berisi baju lama yang mempunyai 14 keping wang kertas S$ 1,000 itu telah diambil pihak pelupusan sampah,” tambahnya.

Difahamkan, lelaki tersebut telah bertindak melaporkan hal tersebut pada pihak polis mengenai kehilangan wang kertas miliknya tersebut meskpun dia sedar bahawa untuk mendapatkan semula wang kertas itu adalah tipis.

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

BACA JUGA: “Weh Anak Gajah Dah Datang,” Jadi Tradisi Toksik Sejak Dulu, Ini Antara Buli Lisan Yang Sering Dianggap ‘Gurauan’

Sumber: Mothership

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.